Sun, 23 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pembantu kedai mengaku tidak salah serang isteri hamil
Published on: Wednesday, May 29, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Pembantu kedai mengaku tidak salah serang isteri hamil
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama.
Kota Kinabalu: Seorang pembantu kedai didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan menyerang isterinya yang sedang mengandung.

Ag Zulfadhli Ag Mohd Ali, 31, yang hadir di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Dia didakwa secara sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya pada 23 Mei tahun ini, jam 12.01 tengah malam, di sebuah rumah di Kg Tanjung Aru Lama di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan manakala Seksyen 326A menyatakan sesiapa yang menyebabkan kecederaan kepada pasangan atau bekas pasangannya, anak, orang dewasa yang kurang upaya atau ahli keluarga lain dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323, 324, 325, 326, 334 atau 335 hendaklah dihukum penjara selama tempoh dua kali lebih lama daripada tempoh maksimum yang boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan itu.

Inspektor Kelvan Elson Maik, yang melakukan pendakwaan, dalam permohonan pengurusan kes pra-perbicaraan (ptcm), mencadangkan ikat jamin sebanyak RM3,000.

Mahkamah menetapkan 2 Julai untuk ptcm dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin sebanyak M2,000 beserta dua orang penjamin.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 39 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan diperintah dikenakan tiga kali sebatan rotan kerana memiliki 12.73gm syabu.

Julhari Allus mengaku memiliki syabu pada 4 Okt 2023, jam 12 tengah hari, di Sepanggar.

Dia didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) Akta sama yang membawa hukuman penjara antara dua tahun dan lima tahun dan sebatan antara tiga dan sembilan kali, jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here