Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Datangkan kecederaan: Lelaki didenda RM1,000
Published on: Tuesday, May 28, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Datangkan kecederaan: Lelaki didenda RM1,000
Ruaina Faisal mengaku melakukan kesalahan itu menggunakan telefon bimbit pada 11 Mei, jam 3.55 petang di kaki lima sebuah kedai, di Perbandaran Baru Inanam, Inanam.
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tiga bulan kepada seorang lelaki berusia 54 tahun kerana mendatangkan kecederaan ke atas seorang lelaki.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu terhadap Isah Ujal selepas dia mengaku bersalah secara sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Norarif Zulkifli pada 8 April tahun ini, antara jam 3 pagi dan 4.50 pagi, dekat Taman Putra Mas, Manggatal.

Pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa pada hari tersebut, mangsa sedang berjalan berhampiran kawasan kediaman itu apabila seorang lelaki kemudian dikenali sebagai Isah, melingkarkan lengannya di leher mangsa sebelum menumbuknya.

Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 31 tahun didenda RM800 atau penjara sebulan kerana terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di khalayak ramai.

Ruaina Faisal mengaku melakukan kesalahan itu menggunakan telefon bimbit pada 11 Mei, jam 3.55 petang di kaki lima sebuah kedai, di Perbandaran Baru Inanam, Inanam.

Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa Ruaina ditahan polis semasa serbuan di tempat tersebut selepas dia dilihat terlibat dalam perjudian dalam talian.

Ruaina didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Inspektor Suzie S.K. melakukan pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here