Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

‘Pesta Kaamatan platform cari titik persamaan’
Published on: Monday, May 27, 2024
Text Size:

‘Pesta Kaamatan platform cari titik persamaan’
Armizan (tengah) memalu gong diiringi Roziah (kiri) dan Mohd Sayuthi (kedua dari kiri) sebagai gimik Majlis Perasmian Kampung Angkat Madani KPDN dan Pesta Kaamatan Kg Kaiduan.
PAPAR: Masyarakat perlu menjadikan sambutan Pesta Kaamatan sebagai platform untuk melihat titik persamaan dalam kepelbagaian latar belakang serta ideologi.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata nilai dan makna sambutan tahunan yang pada asalnya hanya diraikan oleh suku kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) itu seharusnya diamati dalam aspek yang lebih luas dan realistik.

“Pesta Kaamatan merupakan perayaan suku kaum KDMR sekian lama, namun ia membawa dua perkara penting, pertama, untuk menghormati semangat padi. Walaupun padi tetapi padi adalah gambaran kepada semua jenis makanan.

“Kedua adalah kesyukuran kepada Tuhan kerana telah melimpahkan rezeki kepada kita, itulah dua nilai dan makna Pesta Kaamatan.

“Tetapi sebenarnya, nilai dan makna Kaamatan sudah berevolusi. Pesta Kaamatan dahulunya hanya disambut oleh masyarakat KDMR tetapi kini diraikan oleh masyarakat pelbagai kaum bukan sahaja di Kaiduan, di Penampang atau di Sabah tetapi evolusinya itu diraikan di Semenanjung malah di London. 

“Ini kerana Pesta Kaamatan menjadi platform perpaduan masyarakat, platform untuk kita melihat titik persamaan sesama kita yang cintakan perpaduan. 

“Kita ketepikan apapun perbezaan latar belakang, ideologi dan sebagainya kerana semua kita mahukan perpaduan, keamanan dan pembangunan,” ujar beliau.

Menurut Armizan, Pesta Kaamatan yang sinonim dengan semangat pengorbanan dan perjuangan haruslah diterjemahkan untuk membangunkan kawasan kampung, negeri dan negara selaras dengan agenda pembangunan Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Pesta Kaamatan sinonim dengan semangat pengorbanan dan perjuangan, bagi saya pengorbanan dan perjuangan itu perlu diterjemahkan dalam pengorbanan dan perjuangan kita untuk membangunkan kawasan negeri dan negara, di peringkat persekutuan namanya Malaysia Madani.

“Falsafah Malaysia Madani adalah mudah dan matlamatnya untuk meningkatkan siling (ekonomi negara) dan lantai negara iaitu ekonomi negara dan itulah agenda Malaysia Madani. 

“Di Sabah, kita juga ada Hala tuju Sabah Maju Jaya dan ia bukanlah agenda yang baru dicipta sebaliknya diambil dari Jata Negeri dan diangkat sebagai hala tuju Negeri Sabah supaya Sabah lebih maju dan lebih berjaya,” katanya ketika berucap melancarkan Program Kampung Angkat Madani dan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Biau dekat sini, pada Sabtu.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut memaklumkan pemilihan Kampung Kaiduan sebagai Kampung Angkat Madani KPDN adalah berdasarkan kriteria ditetapkan dan bakal menerima peruntukan RM2.5 juta yang dijangka berupaya mengubah landskap fizikal serta sosioekonomi kampung terbabit.

“Program Kampung Angkat Madani merupakan cetusan YAB Perdana Menteri yang telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2024 di mana kerajaan persekutuan telah memutuskan supaya setiap kementerian di peringkat persekutuan mengambil satu kampung sebagai kampung angkat.

“Program ini dilaksana untuk merancang bersama-sama penduduk kampung program-program dan juga pembangunan infrastruktur di kawasan setempat dengan peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Tahun 2024. 

“KPDN telah memilih Kampung Kaiduan untuk Program Kampung Angkat Madani 2024 dan kita telah diperuntukan sejumlah RM2.5 juta untuk kampung ini.

“Sebentar lagi, ada sesi town hall bersama dengan penduduk kampung untuk kita mendengar syor, pandangan dan cadangan apakah bentuk keperluan penduduk di sini  sama ada keperluan infrastruktur fizikal mahupun program sosioekonomi.

“Jadi, kita berharap dengan pemilihan kampung ini yang menepati syarat ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan iaitu infrastrukturnya masih di bawah kadar 50 peratus dapat berjalan lancar dan kita akan pantau pelaksanaanya,” jelas beliau.

Pada majlis itu, Armizan juga mengumumkan pembinaan Dewan Terbuka SK Kaiduan yang bertindak sebagai nadi kepada penduduk, di samping nadi yang melahirkan modal insan di kampung terbabit.

Selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang cabutan pengunjung bertuah, beliau turut menyaksikan penyerahan peruntukan berjumlah RM5,800 di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada murid-murid SK Kaiduan.

Hadir mengiringi beliau ialah Ketua Setiausaha (KSU) KPDN, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar; Timbalan KSU (Perdagangan Dalam Negeri), Datuk Roziah Abudin; Timbalan KSU (Pendayaupayaan Pengguna), Datuk Zakaria Shaaban dan Pegawai Daerah Mohd Fuad Abdullah.

Antara acara yang berlangsung sejak semalam ialah tamu, Pertandingan Sugandoi, Pertandingan Unduk Ngadau Dazanak, Pertandingan Magagong, pertandingan tarik tali, pameran serta perkhidmatan oleh agensi serta jabatan kerajaan.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here