Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Gesaan kekalkan bahan asli untuk pakaian Unduk Ngadau
Published on: Monday, May 27, 2024
Text Size:

Gesaan kekalkan bahan asli untuk pakaian Unduk Ngadau
Menurut Joanna, kunjungan itu bagi menjemput Toh Puan Norlidah menyerikan acara Sodop Unduk Ngadau 2024 di Hongkod Koisaan KDCA pada 29 Mei lalu.
Kota Kinabalu: Pereka fesyen digesa mengekalkan bahan asli dan tenunan dalam rekaan Unduk Ngadau Kaamatan.

Pengerusi Majlis Wanita Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Joanna Kitingan berkata, langkah itu bagi mengangkat martabat tulen seni anyaman di beberapa daerah, secara tidak langsung meningkatkan ekonomi usahawan anyaman di negeri ini.

“Tahun ini, kami menyeru pereka menggunakan bahan asli dalam anyaman dan ‘linangkit’ kerana motif ini mudah diperoleh daripada mesin.

“Kami mahu membantu wanita yang mempunyai kemahiran menenun supaya kreativiti digunakan dalam reka bentuk kontemporari dan meningkatkan ekonomi mereka.

“Ini dilakukan supaya kemahiran mereka tidak hilang begitu sahaja kerana kini motif itu boleh didapati dalam cetakan mesin.

“Jadi, ini usaha kami selaku AJK Unduk Ngadau supaya kesemua 50 finalis memberi peluang kepada pereka pakaian mengaplikasi tenunan asli seperti dari Matunggong, Kudat, Tambunan dan Tuaran.

“Dalam pakaian Rungus, tenunan paling mahal dipanggil Tinongkupan. Tenunkan pada pakaian kontemporari, bukan sesuatu yang dicetak dan ditampal.

“Tambahan pula, pada 31 Mei nanti, para finalis perlu memakai pakaian tradisional yang lengkap dan mesti sahih juga,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat keatas isteri Ketua Menteri Toh Puan Norlidah RM Jasni Selasa lalu.

Menurut Joanna, kunjungan itu bagi menjemput Toh Puan Norlidah menyerikan acara Sodop Unduk Ngadau 2024 di Hongkod Koisaan KDCA pada 29 Mei lalu.

Sementara itu, Joana berkata, pada tahun ini, jawatankuasa pertandingan menjemput panel khas untuk menyediakan soalan penghakiman semasa acara pertabalan Unduk Ngadau 2024.

“Taklimat khas untuk finalis Unduk Ngadau 2024 juga akan diadakan pada 26 hingga 27 Mei ini berhubung pengucapan awam, adat resam, Mahkamah Anak Negeri dan juga kebijaksanaan wanita. 

“Unduk Ngadau 2024 akan menerima wang tunai RM12,000 selain biasiswa Kolej Antarabangsa Pelancongan Asia (Kolej ATI) dan Kolej Universiti Borneo Utara,” katanya.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Unduk Ngadau 2023 Carol Abbey Gail Grimaldi dan Ahli Jawatankuasa UNK Peringkat Negeri 2024 Philomena Engsun.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here