Sat, 29 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM4.6 juta, enam pistol di Pulau Pinang
Published on: Monday, May 27, 2024
By: Bernama
Text Size:

Lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM4.6 juta, enam pistol di Pulau Pinang
“Polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah teres tiga tingkat di kawasan perumahan mewah di Taman Hijauan Setia, di Sungai Ara dan mendapati kediaman itu dijadikan makmal memproses dadah jenis heroin,“ katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang hari ini, yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Datuk Hamzah Ahmad.
GEORGE TOWN: Polis berjaya membongkar makmal memproses dadah selepas menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.6 juta bersama enam pistol serta 100 butir peluru dalam serbuan di sini Jumaat dan Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan sejak dua minggu lepas, polis menahan lelaki berusia 38 tahun itu di persimpangan Jalan Changkat Sungai Ara, dekat sini kira-kira 5.30 petang.

Beliau berkata lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan memproses dan mengedar dadah itu ditahan dalam sebuah kereta jenis Honda HRV, namun pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang dadah bersamanya.

“Polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah teres tiga tingkat di kawasan perumahan mewah di Taman Hijauan Setia, di Sungai Ara dan mendapati kediaman itu dijadikan makmal memproses dadah jenis heroin,“ katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang hari ini, yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Datuk Hamzah Ahmad.

Hasil pemeriksaan di rumah itu, beliau berkata polis merampas 42 bungkusan heroin seberat 13,839 gram (g), heroin base 376g, kafein (93,874g) di samping bahan kimia serta pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.

Khaw seterusnya berkata pada Sabtu pula hasil soal siasat suspek, polis menyerbu sebuah pangsapuri di Batu Uban, di sini dan pemeriksaan mendapati kediaman itu dijadikan stor menyimpan pelbagai jenis dadah.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis merampas 45 bungkusan syabu seberat 46,191g, 91 ketulan mampat heroin base (33,764g), kafein (24,147g), lapan botol cecair disyaki bahan kimia untuk memproses dadah, enam pistol pelbagai jenis dan 100 butir peluru yang disimpan di dalam sebuah beg berwarna hitam di dalam almari.

“Pistol yang dirampas adalah jenis Smith&Wesson, Walter, Glock, Mauser-Werke, Star Eibar dan Revolver Smith&Wesson, dan polis turut merampas satu kotak bertulis Master .38 Special Cartridges mengandungi 50 butir peluru hidup dan satu kotak bertulis Bullet Master 9mm Para Cartridges mengandungi 50 butir peluru hidup,“ katanya dan menambah semua dadah dirampas boleh digunakan 2.6 juta penagih.

Khaw berkata lelaki itu disyaki menjalankan kegiatan berkenaan secara sendirian, namun pihak polis percaya suspek mempunyai orang suruhan yang membantu untuk memproses serta mengedar dadah, dan kini polis sedang giat berusaha mengesan rangkaian sindiket itu.

Beliau berkata suspek dipercayai belajar cara memproses dadah daripada rakannya di Kuala Lumpur dengan hanya menerusi aplikasi WhatsApp dan talian telefon sahaja manakala bekalan dadah diperoleh dari negara jiran dan pasaran dadah tersebut untuk tempatan terutama di Pulau Pinang, negeri utara serta Lembah Klang.

Khaw berkata suspek menjalankan kegiatan itu sejak Januari lepas dan polis tidak menolak kemungkinan suspek merupakan ketua sindiket berikutan amalan gaya hidup mewahnya, dan susulan penahanan lelaki itu polis turut menyita pelbagai aset bernilai RM424,000 termasuk Honda HRV, Perodua Myvi, Toyota Alphard dan Volkswagen Arteon serta motosikal berjenama BMW dan Yamaha XMAX.

“Dia juga mempunyai sebuah rumah teres di Rawang, Selangor dan sebuah kondominum yang didaftar atas nama isterinya, masing-masing bernilai RM550,000, berdasarkan siasatan isterinya tidak mengetahui kegiatan haram yang dijalankan suspek,“ katanya dan menambah nilai rampasaan dadah dan sitaan dianggarkan RM5.03 juta.

Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja itu kini direman hingga 1 Jun ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here