Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Christina juara Sugandoi Kaamatan
Published on: Sunday, May 26, 2024
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:

Christina juara Sugandoi Kaamatan
CHRISTINA (tengah) diapit oleh Scolastica (kiri) dan Gretchene.
PERCUBAAN kedua membawa tuah kepada Christina Imelda Rudy untuk bergelar juara pertandingan Sugandoi Kaamatan peringkat kebangsaan 2024 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA) di Penampang, Jumaat lalu.

Gelaran itu membolehkan wakil Karambunai berusia 18 tahun itu membawa pulang RM7,000, piala dan sijil selepas menewaskan sembilan lagi finalis lain.

Malam penuh gemilang itu turut menyaksikan Christina menjulang kategori Vokal Terbaik dan menerima RM1,000 dan sijil.

Sementara itu, naib juara pula menjadi milik wakil Tuaran Scolastica Ann Bonnieface dan manakala tempat ketiga dimenangi Gretchene Quirina Salipa dari Penampang.

Scolastica memenangi RM5,000 manakala Gretchene menerima RM4,000 dan lagi RM1,000 selepas menjulang kategori Persembahan Terbaik. 

Wakil Penampang itu turut berkongsi RM2,000 bersama Feli Stacy Paimin dari Ranau apabila memenangi kategori Battle Terbaik. Carrenicqa Evs Petrus (Kota Belud) membawa pulang RM1,000 untuk kategori peserta paling popular.

Setiap finalis turut menerima sagu hati RM500.

CHRISTINA tidak menyangka menang pada pertandingan itu. 

Christina, yang berasal dari Menggatal, berkata dia tidak meletakkan harapan tinggi pada penyertaannya kali ini.

“Pada percubaan pertama saya pada tahun lalu saya hanya sampai ke Top 40 peringkat negeri.

“Tahun ini tak sangka saya dapat mara ke peringkat akhir dan menang,” katanya yang dilihat masih dalam keadaan ‘terkejut’ dengan kemenangan itu.

Menariknya, tahun lalu Christina melangkah ke peringkat negeri juga sebagai wakil Karambunai.

“Pada awalnya saya tidak berniat untuk bertanding tahun ini namun keluarga memberikan dorongan kepada saya agar mencuba nasib sekali lagi.

“Saya juga risau untuk bertanding di daerah sama namun saya dimaklumkan saya masih boleh turut serta memandangkan pada 2023 saya cuma bergelar naib juara.

“Dan tidak sangka pula saya bergelar naib juara sekali lagi dan menjadi wakil Karambunai,” katanya ketika ditemui Hiburan Ekspres selepas pertandingan itu.  

Di peringkat Sugandoi Daerah Inanam dan Karambunai, juara pertandingan akan layak ke peringkat negeri sebagai wakil Inanam manakala naib juara akan mewakili Karambunai.

Finalis lain pada malam itu adalah Eleliah Bianus yang mewakili Keningau, Ain Faresha Azamain (Tanjung Aru), Chrispine Joseph (Beaufort), Sentilina Jamurang (Kota Marudu) dan Ackley Arthur Amin (Tamparuli).

Sementara itu, Sugandoi Songkotoun pula dimenangi oleh Abdullah Jimon dari Paitan, manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing, menjadi milik Francis Pius Ganis (Tambunan) dan Alexious Micheal Angkangon (Telupid).

BARISAN pemenang Sugandoi Kaamatan peringkat kebangsaan pada malam itu.

Abdullah membawa pulang RM2,000 manakala Francius dan Alexious menerima RM1,500 dan RM1,000. Wakil Papar, Jaidi Arifin memenangi Persembahan Terbaik sekali gus membawa pulang RM500.

Sugandoi Dazanak menyaksikan Qahirah Maisarah Syahli dari Papar dinobatkan sebagai juara untuk membawa pulang RM2,000, piala dan sijil. Dia juga menerima RM800 untuk kategori Persembahan Terbaik.

Danny Lovyevhrist Roreh yang mewakili Sipitang dan Ryan Develdivax (Pitas) mendapat tempat kedua dan ketiga untuk membawa pulang RM1,500 dan RM1,000, masing-masing. 

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Jeffrey Kitingan, yang juga Timbalan Presiden KDCA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Negeri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here