Sun, 23 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Lelaki melecur rumah terbakar
Published on: Sunday, May 26, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Lelaki melecur rumah terbakar
KEADAAN semasa rumah itu terbakar.
TELUPID: Seorang lelaki melecur dalam satu kebakaran di Kampung Telupid pada pagi Sabtu. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Edoen Macheal berkata pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.57 pagi. 

“Sebuah rumah kayu dengan keluasan 20 kaki x 40 kaki persegi musnah dalam kejadian itu.

“Seorang lelaki dewasa turut melecur tahap satu dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Telupid,” katanya dalam kenyataan kepada media. 

Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 300 kaki dengan dua pancutan dari air sungai berdekatan. 

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 10.55 pagi, sementara punca dan kos kerugian masih dalam siasatan. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here