Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Kaamatan berkuat kuasa Isnin
Published on: Saturday, May 25, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Kaamatan berkuat kuasa Isnin
Armizan berkata tempoh pelaksanaan SHMMP selama tujuh hari itu melibatkan lapan jenis barangan berkuatkuasa 27 Mei hingga 2 Jun bagi Sabah, manakala Sarawak bermula 29 Mei hingga 4 Jun.
PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Sabah dan Sarawak sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata tempoh pelaksanaan SHMMP selama tujuh hari itu melibatkan lapan jenis barangan berkuatkuasa 27 Mei hingga 2 Jun bagi Sabah, manakala Sarawak bermula 29 Mei hingga 4 Jun.

Katanya, skim berkenaan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas barangan terbabit di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

“Tempoh pelaksanaan SHMMP di kedua-dua wilayah ini adalah tujuh hari iaitu tiga hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan tiga hari lagi selepas perayaan.

“Pewartaan lapan jenis barangan di bawah skim ini dipilih selepas kita kenal pasti kriteria yang mendapat permintaan tinggi semasa perayaan, bergantung jenis perayaan.

“Pemilihan barangan ini juga mendapat persetujuan daripada industri yang terlibat dalam program ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Kampung Angkat Madani dan Pesta Kaamatan Kampung Kaiduan, di sini, Jumaat.

Beliau berkata barangan terlibat di bawah skim berkenaan sempena Pesta Kaamatan ialah kepak ayam, daging kerbau import (India), bawang merah kecil (India), bawang putih (China), cili kering keriting, daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak) dan babi hdiup (peringkat ladang).

Bagi SHMMP Hari Gawai pula melibatkan barangan seperti ayam tua hidup, kepak ayam, bawang putih (China), kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), cili kering keriting, daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak), dan babi hidup (peringkat ladang).

Armizan memberi jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi, dan tanggungjawab itu dipikul Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang menjadikan perkara itu agenda utama setiap kali musim perayaan.

Ahli Parlimen Papar itu berkata, kementeriannya sentiasa bekerjasama dengan KPKM melalui siri mesyuarat setiap kali sebelum tiba sebarang perayaan bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga terkawal.

“Setiap kali sebelum musim perayaan, KPKM akan membentangkan perancangan mereka bagi memastikan barangan yang mendapat permintaan tinggi semasa musim perayaan, mencukupi.

“Kalau kita lihat pada perayaan yang lepas seperti Ramadan dan Aidilfitri, tidak ada isu besar berbangkit tentang keperluan kehabisan stok dan sebagainya malah harga pun terkawal,” katanya.

Ahli Parlimen Papar itu berkata, penguatkuasaan juga akan digerakkan pihaknya sebagaimana operasi sebelum ini setiapkali musim perayaan bagi memastikan harga barangan terus terkawal.

Beliau juga mengalu-alukan orang ramai supaya membuat aduan segera jika terdapat pelanggaran peraturan harga kawalan oleh mana-mana peniaga di musim perayaan ini.

“Sebarang pertanyaan atau keraguan termasuk aduan boleh dibuat melalui laman web KPDN di https://www.kpdn.gov.my.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).

“Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda dan dipenjara atau kedua-duanya sekali,” tegasnya. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here