Sun, 23 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Kilang gentian kaca Sandakan musnah terbakar
Published on: Thursday, May 23, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Kilang gentian kaca Sandakan musnah terbakar
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran.
SANDAKAN: Sebuah kilang pemprosesan gentian kaca musnah dalam kebakaran di Batu 8, Jalan Labuk Sandakan, di sini, pada Rabu.

Sebanyak 10 bot laju di dalam kilang terbabit musnah dalam kebakaran itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.20 pagi melalui talian MERS 999 dan tiba di lokasi 8km dari balai jam 10.30 pagi.

Katanya, 27 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran manakala empat anggota polis, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di sini dan dua pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut menghulurkan bantuan.

Severinus berkata, anggota bomba menggunakan sumber air dari tangki jentera dan 10 tong buih untuk memadamkan kebakaran di kilang itu.

Katanya, operasi terkawal pukul 11.25 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 3.30 petang.

Beliau menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here