Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Feinny Unduk Ngadau Kunak
Published on: Wednesday, May 22, 2024
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

Feinny Unduk Ngadau Kunak
FEINNY (tengah) diapit oleh Alvira dan Amber.
KUNAK: Feinny Khoo Kim Nii dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kunak dalam sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah, di sini, Sabtu lepas.

Feinny berjaya membawa pulang wang tunai RM1,500 selepas mengenepkan tujuh peserta akhir lain.

Naib johan pula dimenangi Elvira Linda Sipayang dan Amber Yeoh di tempat ketiga, Amber Yeoh. Mereka, masing-masing menerima wang tunai RM900 dan RM800,.

Semua pemenang turut menerima trofi, sijil dan jambangan bunga serta hadiah iringan lain.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kunak Awang Mohd Yusof, Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Kunak Mohd Hata Arabi, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kunak Mohamad Latip Katik, pegawai dan kakitangan awam negeri dan persekutuan selain pemimpin komuniti setempat. 

Pengerusi KDCA Kunak, Valentine @ Rengers Sebastian berkata, pihaknya berharap sambutan Pesta Kaamatan menjadi titik permulaan yang amat baik kepada semua untuk terus menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here