Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Ramsay, Anto juara terbuka novis Penampang 4x4 Kaamatan Challenge
Published on: Tuesday, May 21, 2024
By: GL Oh
Text Size:

Ramsay, Anto juara terbuka novis Penampang 4x4 Kaamatan Challenge
PEMENANG terbuka novis.
Kota Kinabalu: Penampang 4x4 Kaamatan Challenge edisi kelapan berlangsung dengan jayanya di Kampung Pengandangan di Kawang, Papar pada hujung minggu lalu.

Ramsay Teo bersama pembantunya Anto Ramlan merangkul gelaran terbuka novis, manakala gelaran super novis menjadi milik Mohd.Izzat dan pembantunya Mohd Fairuz. 

Acara tahunan selama tiga hari itu dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Pacuan Empat Roda Penampang.

Ia menarik peserta termasuk wanita dari seluruh Sabah serta dari United Kingdom, Brunei, Labuan dan Sarawak.

Sebanyak 12 kenderaan mengambil bahagian dalam kategori terbuka novis yang menawarkan hadiah wang sejumlah RM12,151 dan 23 penyertaan dalam kategori super novis dengan hadiah wang RM11,286. 

Presiden kelab Alex Leong dalam ucapan penutupnya mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan merakamkan penghargaan kepada Johnny Juil yang mewakili Adun Limbahau Datuk Juil Nuatim untuk merasmikan majlis penutupan serta Yih Chang Ming dan Yih Kian Kok kerana membenarkan mereka menggunakan tanah mereka untuk menganjurkan acara itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengarah acara Ben Banaran, pengerusi jawatankuasa pembangunan Kawang Asang Bangkil, semua peserta dan penaja termasuk Polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan atas sokongan mereka.

Hadiah pemenang terbuka novis disampaikan oleh Johnny Juil manakala ahli Majlis Daerah Penampang Abdre Norbert Lee menyampaikan hadiah super novis.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here