Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Amanda dimahkota Unduk Ngadau Sipitang
Published on: Tuesday, May 21, 2024
By: Jinius Pandakin
Text Size:

Amanda dimahkota Unduk Ngadau Sipitang
SIPITANG: Amanda Mabellove Piusai akan mewakili Sipitang ke pertandingan peringkat negeri di KDCA Penampang pada penghujung bulan ini setelah dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan daerah 2024.

Gelaran itu hadir dengan wang tunai RM2,000, piala sijil dan hadiah iringan lain.

Victoria Devbritthney Lasong di tempat kedua menerima RM1,500 dan Magdelina Zimiri di tempat ketiga membawa pulang RM1,000. Mereka juga menerima piala, sijil dan hadiah iringan lain.

Sementara itu, Suzziereen Helly Guan Poh di tempat keempat menerima RM800, tempat kelima Tarasia Arjun (RM500) dan Petolena Sati Peter di tempat keenam (RM400).

Selain wang tunai, mereka juga masing-masing menerima piala, sijil dan bunga.

Majlis penutupan Pesta Kaamatan tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad merangkap Adun Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sipitang pada 18 Mei lalu.  

Majlis bertemakan “ Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan” itu turut dihadiri Pegawai Daerah Sipitang merangkap Pengerusi Perayaan Awgku Raimy Pg Abd Rahman, Ketua Daerah Sipitang OKK Daud Kassim, Presiden Persatuan Kebudayan Lundayeh Sabah (PKLS) Datuk Pengiran Lalung, Presiden Persatuan Masyarakat Murut Sipitang (PMMS) Eric Suab Boh dan Pengerusi KDCA Sipitang Francis Japuli.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here