Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Cheesy juara Sugandoi Kaamatan Sook
Published on: Monday, May 20, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:

Cheesy juara Sugandoi Kaamatan Sook
CHEESY (keenam dari kanan), Christy (kelima dari kanan) dan Zannarina (keempat dari kanan) bergambar kenangan bersama Caroline (tengah) dan barisan juri serta peserta yang lain.
CHEESY Christine Christopher muncul johan pertandingan nyanyian Sugandoi Kaamatan Sook 2024 yang berlangsung di Sook, Jumaat lalu.

Kemenangan itu hadir bersama hadiah wang tunai RM1,500, piala dan sijil penghargaan, sekali gus mewakili Daerah Kecil Sook di peringkat negeri nanti.

Dia juga memenangi kategori persembahan terbaik dan menerima RM300.

Sementara itu, naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Christy Chrisyendra Cosmas dan Zannarina Zachry, dan membawa pulang RM1,200 dan RM1,000 berserta piala dan sijil.

Peserta lain pula menerima hadiah saguhati RM200 dan sijil, masing-masing.

Pertandingan itu dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Caroline Benjamin Jiungan mewakili Timbalan Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here