Thu, 27 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Maritim Tawau tahan dua juragan bot disyaki ejen pati, bawa barang kawalan tanpa permit
Published on: Thursday, May 16, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Maritim Tawau tahan dua juragan bot disyaki ejen pati, bawa barang kawalan tanpa permit
Menurut pegawai Maritim Tawau, pemeriksaan lanjut ke atas telefon bimbit suspek mengesyaki lelaki itu merupakan ejen penyeludupan pati di kawasan pedalaman berdasarkan pada maklumat perbualan yang terkandung dalam peti pesanan telefon bimbitnya. (Gambar Maritim Tawau)
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan seorang juragan bot disyaki ejen penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati) di perairan Sungai Serudung sekitar jam 1.40 petang, pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, suspek yang membawa bot kayu itu ditahan di kedudukan 6.7 batu nautika barat daya Muara Tanjung Doris kerana pergerakan mencurigakan dari Perairan Sungai Serudung menuju ke Sungai Kalabakan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas telefon bimbit suspek mengesyaki lelaki itu merupakan ejen penyeludupan Pati di kawasan pedalaman berdasarkan pada maklumat perbualan yang terkandung dalam peti pesanan telefon bimbitnya.

Pihaknya turut menahan seorang juragan lelaki warga tempatan, 28, yang disyaki memuatkan barang kawalan tanpa permit dalam bot penumpang di kedudukan 0.6 batu nautika tenggara Jeti CIQ Tawau sekitar jam 3.45 petang hari yang sama.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here