Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Joyce Rufiona juara Sugandoi Kaamatan Sandakan
Published on: Tuesday, May 14, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Joyce Rufiona juara Sugandoi Kaamatan Sandakan
JOYCE (tengah) bersama Morhamiza (kanan) dan Mohamad.
JOYCE Rufiona Juanis dinobatkan sebagai juara Sugandoi Kaamatan Sandakan 2024 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sandakan pada Ahad.

Kemenangan itu membolehkannya menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan trofi. 

Joyce juga dipilih sebagai peserta popular dan membawa pulang RM200.

Dia akan mewakili Sandakan pada pertandingan Sugandoi Kaamatan peringkat negeri 2024 di Hongkod Koisaan, Penampang,

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Morhamiza Mazlan dan Mohamad Shazmi Indrawan yang menerima RM800 dan RM500 beserta trofi. 

Hadiah disampaikan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee yang merasmikan acara itu.Hadir sama, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Henry Idol dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksa Sugandoi 2024, Juliyanah Apau.

Terdahulu, Vivian berkata, selain dapat mengetengahkan bakat nyanyian, Sugandoi juga mampu menjadi platform kepada memelihara bahasa ibunda yang diwarisi sejak sekian lama.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here