Fri, 5 Jul 2024

HEADLINES :


Tiada keperluan bertanding dalam Dun Papar: Armizan
Published on: Saturday, May 11, 2024
By: Bernama
Text Size:

Tiada keperluan bertanding dalam Dun Papar: Armizan
“Saya gembira sebagai Ahli Parlimen dan sekarang ini diamanahkan sebagai menteri Persekutuan. Dengan kekangan masa, saya fikir saya tumpukan kepada tugas sebagai Ahli Parlimen dan menteri Persekutuan,
PAPAR: Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata tumpuan beliau ketika ini ialah menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Papar sekali gus menjalankan tugas selaku menteri di peringkat Persekutuan.

“Saya gembira sebagai Ahli Parlimen dan sekarang ini diamanahkan sebagai menteri Persekutuan. Dengan kekangan masa, saya fikir saya tumpukan kepada tugas sebagai Ahli Parlimen dan menteri Persekutuan.

“Saya gembira sekiranya dibantu oleh tiga Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Papar),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian cawangan baharu Co-opBank Pertama di sini yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick pada Jumaat.

Terdapat tiga Dun di bawah Parlimen Papar iaitu Kawang, Pantai Manis dan Limbahau.

Ewon, yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), ketika ditanya mengenai persediaan partinya menghadapi PRN Sabah akan datang, berkata semua bahagian telah diminta turun ke lapangan bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here