Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

‘Penganjuran Pesta Kaamatan peringkat mukim juga penting’
Published on: Thursday, May 09, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:

‘Penganjuran Pesta Kaamatan peringkat mukim juga penting’
ELLRON (kiri) menuai padi bersama pemimpin yang lain sebagai simbolik perasmian.
KENINGAU: Sambutan Pesta Kaamatan peringkat Sook tahun ini akan bermula di peringkat mukim sebelum kemuncaknya pada 19 Mei ini di Dewan Masyarakat Sook, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook Datuk Ellron Angin berkata, penganjuran pesta Kaamatan peringkat mukim amat penting bagi membolehkan masyarakat di setiap mukim merasai suasana sambutannya

“Pesta Kaamatan peringkat daerah kecil Sook tahun ini ada kelainan sedikit, dengan sambutannya dimulakan di peringkat mukim dahulu sebelum peringkat daerah sebagai penutup tirai,” katanya pada perasmian sambutan Pesta Kaamatan Mukim Tiulon pada Selasa.

Kira-kira 1,000 penduduk di sekitar mukim itu menghadiri sambutan itu.

Di samping itu, katanya, perayaan yang diadakan di peringkat mukim juga akan menyuburkan lagi semangat Kaamatan dalam kalangan generasi muda Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) menerusi penglibatan mereka dalam pertandingan yang dianjurkan seperti Sugandoi, Unduk Ngadau dan -sukan tradisi seperti tarik tali, gusti lengan dan melastik.

Melihat kepada kemeriahan dengan kehadiran warga kampung yang ramai, beliau mengharapkan agar pesta kaamatan peringkat mukim diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Dalam perkembangan lain, mengenai naikan taraf Sook kepada Daerah Penuh, Ellron yang juga Menteri Belia Dan Sukan berharap warga Sook dapat bersama-sama dengannya untuk menjayakan perancangan pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sook Tony Talasoi, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here