Thu, 23 May 2024

HEADLINES :


Pemimpin, ahli PMBS diminta jadi pemudahcara
Published on: Monday, April 29, 2024
Text Size:

Pemimpin, ahli PMBS diminta jadi pemudahcara
ARIFIN dan Shahelmey merakamkan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir.
Kota Kinabalu: Pemimpin dan ahli Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) diseru untuk memainkan peranan sebagai pemudahcara kepada kerajaan. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, setiap ahli PMBS perlu menjadikan persatuan tersebut sebagai wadah bagi membantu kerajaan dalam menyebar luas pelbagai inisiatif kerajaan kepada komuniti setempat.

“Pemimpin dan ahli PMBS perlu menjadi pemudah cara kepada kerajaan dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

“Misalnya inisiatif dari sudut pendidikan, kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif kepada anak-anak kita, jadi kita harus menjadi pemberi maklumat kerana kadang-kadang ada masyarakat tidak tahu.

“Oleh itu, pemimpin persatuan dari cawangan masing-masing perlu memainkan peranan untuk memaklumkan kepada ahli mereka, jiran dan komuniti setempat bahawa kerajaan ada menyediakan peruntukan atau bantuan seumpama ini selain memperkasa bangsa dari sudut perpaduan,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 PMBS di sini, pada Ahad.

Beliau turut menekankan PMBS pimpinan beliau akan terus memperkasa misi yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin PMBS terdahulu melalui beberapa program.

“Pada pertengahan tahun ini kita akan mengadakan Festival Ambuyat (festival makanan) dan pada tahun hadapan kita akan kembali semula mengadakan Karnival Berurung-Urung.

“Selain daripada itu, PMBS akan terus memperkasa sumbangan pihak luar melalui Yayasan Dangsanak dengan menjurus kepada membantu ahli dalam bidang pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan.

“Manakala dari sudut penerbitan, PMBS akan memperkasa aspek penerbitan buku melalui kajian dan penyelidikan berhubung dengan masyarakat Brunei di Sabah dari sudut kajian kebudayaan, kesenian, tradisi, sejarah dan bidang-bidang yang lain,” ujarnya.

Mengulas mengenai penganjuran majlis tersebut, beliau yang juga Presiden PMBS menyatakan bahawa majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin, ahli, pengasas persatuan dan kakitangan kerajaan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya, Konsul Agong Negara Brunei Darussalam, Awang Hipni Matarsad, Yang Dipertua Persatuan Seni Silat PESAKA Sabah, Datuk Illyas Ibrahim, Naib Presiden II PMBS, Datuk Ahmad Shah Mohd Talip dan Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki./Penerangan-

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here