Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Tetapkan harga siling minimum untuk buah-buahan, kata Hiew
Published on: Saturday, April 27, 2024
By: Winnie Kasmir, w
Text Size:

Tetapkan harga siling minimum untuk buah-buahan, kata Hiew
George berkata, sudah ada beberapa kejadian sebelum ini apabila harga buah-buahan seperti durian, betik dan avokado jatuh teruk di pasaran Sabah sehingga petani rugi dan terpaksa menjual hasil tanaman mereka dengan murah dan mengalami kerugian. 
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri harus menetapkan harga minimum untuk buah-buahan di negeri ini bagi memastikan petani di Sabah akan dapat menjana pendapatan, kata Adun Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin. 

Beliau berkata, sudah ada beberapa kejadian sebelum ini apabila harga buah-buahan seperti durian, betik dan avokado jatuh teruk di pasaran Sabah sehingga petani rugi dan terpaksa menjual hasil tanaman mereka dengan murah dan mengalami kerugian. 

Katanya, oleh sebab tidak ada campur tangan kerajaan untuk mengawal harga buah-buahan dan dari segi pemasaran, ramai penduduk kampung yang memiliki tanah memilih untuk menanam kelapa sawit. 

“Pada masa kini, semua petani (buah-buahan) ini tumbangkan pokok mereka, tanam kelapa sawit, walaupun harga kelapa sawit murah, hanya 50 sen sekilogram. Tapi petani tetap sanggup tanam kelapa sawit sebab senang jaga dan senang jual. 

“Tetapi jika dibandingkan dengan buah-buahan, contohnya durian Musang King, harganya sekarang lebih RM100 satu kilogram.

Jika kerajaan menetapkan harga minimum RM50 satu kilogram, contohnya, bermakna petani boleh mendapat RM50,000 satu tan. 

“Tanah di Sabah, khususnya di Keningau, Tenom, Lahad Datu, Kunak, Sandakan, Kota Marudu, dan Kota Belud amat sesuai untuk tanam buah. Tetapi oleh kerana kerajaan tidak menetapkan harga minimum, maka semua orang terpaksa tanam kelapa sawit,” katanya dalam ucapan perbahasan beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri, dekat sini, baru-baru ini. 

Katanya, Sabah harus mencontohi Thailand yang mempunyai struktur tanah yang hampir sama dengan Sabah, namun berjaya menjadi salah satu negara pengeksport buah-buahan terbesar di dunia. 

Menurut beliau, selain menetapkan harga minimum bagi buah-buahan di Sabah, kerajaan juga harus membuat pusat pengumpulan buah-buahan untuk mengumpul hasil petani tempatan sebelum dipasarkan, sama seperti yang dibuat dengan kelapa sawit di Sabah. 

“Sabah diikat oleh kelapa sawit sahaja, yang harganya 50 sen satu kilogram. Jika kerajaan membantu dari segi pemasaran dan menetapkan harga minimum bagi buah-buahan, saya yakin orang kampung juga akan balik ke kampung mereka untuk menanam buah-buahan. 

“Sebagai contoh, durian Musang King yang mempunyai harga tinggi. Namun, dalam masa beberapa tahun ini, semakin ramai yang menanam durian ini, dan sudah ada 700 hektar tanah di Sabah yang ditanam Musang King. 

“Jadi, jika harga minimum tidak ditetapkan, saya bimbang apakah yang akan terjadi dengan hasil berjuta-juta tan (buah) ini? Harganya akan jatuh sehingga ada yang terpaksa lelong buah mereka dengan harga rugi. Ini bukan sahaja akan berlaku, ini memang sudah pernah berlaku,” tambahnya. 

Katanya, jika pihak Kerajaan Negeri Sabah mengambil tindakan menetapkan harga minimum dan membantu dari segi pemasaran buah-buahan, ia akan dapat membantu mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat Sabah, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman kerana buah-buahan boleh ditanam di kawasan kebun yang kecil, walaupun dengan keluasan satu hingga tiga ekar sahaja.

“Namun, pihak Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah juga harus duduk bersama pemain industri untuk membincangkan perkara ini sebelum membuat sebarang keputusan yang dapat membawa faedah kepada petani,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here