Thu, 23 May 2024

HEADLINES :


Dua rumah musnah dalam kebakaran di Pulau Bum Bum
Published on: Friday, April 19, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:

Dua rumah musnah dalam kebakaran di Pulau Bum Bum
ANTARA rumah yang musnah dalam kebakaran itu.
SEMPORNA: Dua rumah di Kampung Lok Butun, Pulau Bum Bum musnah dalam kebakaran pada Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.19 pagi melalui MERS999.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna (BBP Atas Air) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Api berjaya dikawal jam 9.29 pagi dan kedua-dua rumah musnah 100 peratus dalam kejadian itu,” kata jabatan itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi ditamatkan jam 10.21 pagi selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Keywords:
Pulau Bum Bum





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here