Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

KTI Landmark meterai Perjanjian Taja Jamin untuk penyenaraian Bursa
Published on: Wednesday, April 17, 2024
Text Size:

KTI Landmark meterai Perjanjian Taja Jamin untuk penyenaraian Bursa
DARI kiri, Pengarah Eksekutif KTI Landmark Stella Loke dan Wilson Loke, Dr Gordon, Pengarah Urusan M & A Equity Holdings Berhad Datuk Bill Tan, dan Ketua Kewangan Korporat M & A, Gary Ting.
Kuala Lumpur: Pemaju hartanah bersepadu yang berpangkalan di Sabah, KTI Landmark Berhad pada Selasa memeterai Perjanjian Taja Jamin dengan M & A Securities Sdn Bhd untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

Tawaran awam permulaan (IPO) syarikat ini melibatkan Terbitan Awam sebanyak 160 juta saham baharu dan tawaran untuk jualan sebanyak 45 juta saham sedia ada, masing-masing mewakili 20 peratus dan 5.6 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan.

Selaras dengan Perjanjian Taja Jamin itu, M & A Securities akan menaja jamin sejumlah 80 juta saham baharu yang ditawarkan kepada orang awam Malaysia dan Peruntukan Borang Merah Jambu.

Manakala baki 80 juta saham baharu dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bagi bahagian tawaran untuk jualan pula, 20 juta saham dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI, manakala baki 25 juta saham akan diperuntukkan secara persendirian kepada pelabur terpilih.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif KTI, Dr Gordon Loke berkata pemeteraian perjanjian itu bukan sahaja menguatkan keyakinan penaja jamin terhadap KTI, tetapi turut membawa syarikat semakin hampir ke arah penyenaraian di Bursa Securities.

“KTI telah berkembang secara organik selama 40 tahun sejak penubuhannya sebagai pembekal perkhidmatan pembinaan bangunan am. 

“Paling ketara, syarikat telah mengembangkan perkhidmatan pembinaannya kepada penyediaan perkhidmatan reka bentuk dan binaan, serta pembangunan hartanah yang dilengkapi dengan pembuatan dalaman komponen sistem bangunan perindustrian (IBS). Skor IBS tertinggi produk kami ialah 94 peratus dan QLASSIC ialah 78 peratus.

“Kami telah membuktikan rekod prestasi sebagai kontraktor reka bentuk dan binaan kepada Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), pihak berkuasa negeri di Sabah. 

“Sehingga 2023, kami telah menyiapkan projek berjumlah RM1.6 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV), bersamaan dengan 29 peratus daripada semua projek LPPB.

“Bagi projek pembangunan hartanah kami sendiri, sejak 1998 kami telah menyiapkan beberapa projek kediaman dan komersial bernilai RM207.6 juta GDV, secara langsung dan melalui usaha sama,” tambahnya.

“Dengan menjadi entiti tersenarai, kami berharap dapat meningkatkan lagi keyakinan dalam kalangan pelabur, pemegang kepentingan dan pelanggan kami sambil kami terus berusaha ke arah meningkatkan nilai jangka panjang Syarikat dengan menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami,” kata Dr Loke. KTI Landmark terlibat terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan pembinaan reka bentuk dan binaan serta pembangunan hartanah, dengan projek terdiri daripada hartanah kediaman, hartanah komersial dan pembangunan bercampur di Sabah.

Ia menyediakan perkhidmatan pembinaan reka bentuk dan binaan terutamanya kepada LPPB untuk membina rumah mampu milik bagi projek perumahan awam dan kakitangan awam, serta perkhidmatan pembinaan bangunan am kepada sector swasta awam (selain LPPB) atas permintaan dan melalui tender.

Aktiviti pembangunan hartanah KTI disokong oleh perkhidmatan pembinaan dalaman, yang dilengkapi dengan pembuatan dalaman komponen IBS.

Ia adalah pengeluar IBS di tapak yang diperakui CIDB pertama di Sabah dengan pengalaman 24 tahun dalam mengguna pakai teknik pembinaan IBS dalam aktiviti pembinaan.

Pada masa ini, KTI mempunyai sejumlah RM2.3 bilion GDV projek yang sedang berjalan dan akan datang di seluruh Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan dan Papar di Sabah, di mana 30 peratus adalah projek yang dianugerahkan oleh LPPB, dan selebihnya adalah usaha sama atau projek sendiri yang akan dibangunkan sehingga 2031.

Projek terkenal syarikat antara lain termasuk Taman Wawasan di Beaufort, Taman La Gloxinia di Papar, Taman Seri Lemawang di Tuaran, serta Taman Nelly, Taman Lavendar dan The Logg di Kota Kinabalu.

KTI menyasarkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities menjelang Jun 2024. 

M & A Securities merupakan Penasihat, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk pelaksanaan IPO.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here