Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

6 set generator jana elektrik Sabah, Labuan beroperasi penuh Mei ini
Published on: Saturday, March 30, 2024
By: Bernama
Text Size:

6 set generator jana elektrik Sabah, Labuan beroperasi penuh Mei ini
Yaakob berkata tambahan penjana elektrik itu akan menjadikan kapasiti bekalan tenaga meningkat kepada lebih 1,300 MW dan seterusnya memberi margin simpanan tenaga lebih baik kepada sistem grid.
SANDAKAN: Pengoperasian sepenuhnya enam set generator sewaan yang menjana 93 megawatt (MW) tenaga elektrik ke grid elektrik negeri pada Mei ini diharap membantu menstabilkan bekalan elektrik seterusnya menghentikan catuan di Sabah serta Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Mohd Yaakob Jaafar berkata tambahan penjana elektrik itu akan menjadikan kapasiti bekalan tenaga meningkat kepada lebih 1,300 MW dan seterusnya memberi margin simpanan tenaga lebih baik kepada sistem grid.

“Hari ini saya telah mengadakan tinjauan untuk melihat sendiri kerja-kerja pemasangan terhadap tiga set generator yang terletak di Sandakan, sebagai makluman pemasangan di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Mowtas telah pun siap dan beroperasi sepenuhnya dengan keupayaan menjana sehingga 10 MW tenaga elektrik.

“Bagaimanapun dua lagi set generator masih dalam proses penyiapan akhir dan dijangka akan beroperasi dalam tempoh terdekat, ketika berada di PPU Seguntor dan Stesen Janakuasa Labuk, saya melihat semua proses kerja-kerja adalah mengikut jadual seperti yang dirancang,” katanya di sini, Jumaat.

Menurutnya generator di PPU Seguntor itu akan membekalkan 10 MW tenaga elektrik, manakala tenaga berkapasiti 30MW dibekalkan dari Stesen Janakuasa Labuk.

Dalam pada itu, katanya, tiga lagi set generator berkenaan terletak di Tawau, Lahad Datu serta Labuan.

Katanya lagi, SESB berusaha memastikan kapasiti bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Labuan terus dipertingkatkan untuk memenuhi permintaan pengguna yang bertambah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here