Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Muis sedia RM600,000 untuk program Kembali Ke Sekolah
Published on: Wednesday, February 28, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Muis sedia RM600,000 untuk program Kembali Ke Sekolah
MALAI Ahmad (kedua, kanan) menunjukkan tanda bagus, bersama kira-kira 200 kanak-kanak dan ibu bapa mereka pada program itu.
PAPAR: Majlis Agama Islam Sabah (Muis) akan membelanjakan lebih setengah juta ringgit untuk program Kembali Ke Sekolah 2024 bagi kira-kira 2,000 kanak-kanak kurang berkemampuan (asnaf) untuk membeli bahan sekolah di 10 daerah di Sabah.

Timbalan Pengerusinya Datuk Ustaz Malai Ali Malai Ahmad berkata Muis membelanjakan kira-kira RM600,000 keseluruhan atau RM60,000 setiap daerah untuk tujuan tersebut.

Beliau berkata, program tahun ini dibiayai Bahagian Zakat dan Fitrah.

“Program sebegini merupakan acara tahunan Muis yang telah melaksanakannya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun terhenti semasa pandemik Covid-19, dan hanya diteruskan selepas PKP tamat.

“Melalui program ini, kami berharap anak-anak ini dapat meningkatkan taraf hidup diri mereka dan keluarga melalui pendidikan.

“Dengan wang zakat yang diberikan kepada mereka, kami berharap berkat dana tersebut dapat menjadikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran. Kebanyakan ibu bapa berterima kasih kepada Muis kerana menganjurkan program sebegini yang sangat membantu meringankan beban mereka,” katanya selepas merasmikan program Kembali Ke Sekolah di Servay Takis, di sini pada Selasa.

Malai Ahmad berkata setiap kanak-kanak menerima RM300 untuk membeli bahan persekolahan seperti alat tulis, pakaian sekolah dan kasut, antara lain.

Beliau berkata kira-kira 200 kanak-kanak daerah di sini adalah daripada golongan asnaf yang mendapat manfaat daripada program itu.

Setakat ini, katanya Papar, Kota Kinabalu, Sepanggar, Sandakan, Tawau dan beberapa daerah dipilih untuk program ini tahun ini, dan daerah lain akan menyusuli.

“Mereka yang belum menerima sumbangan sebegini akan mendapatnya pada masa hadapan kerana terdapat ramai asnaf dan kita tidak membelanjakannya sekali gus.

“Selain program ini, kami juga membiayai majlis berkhatan tahun ini sempena cuti sekolah, dengan kira-kira 500 anak asnaf berkhatan di seluruh Sabah,” kata Malai Ahmad.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here