Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

JPKA, pemimpin perlu kerjasama untuk pastikan bantuan sampai
Published on: Monday, February 26, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

JPKA, pemimpin perlu kerjasama untuk pastikan bantuan sampai
RUSLAN (kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang kakitangan JPKA di majlis itu.
BEAUFORT: Kerjasama erat antara Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Awam (JPKA) dan pemimpin akar umbi diperlukan bagi memastikan bantuan kerajaan sampai ke golongan sasar.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, pada masa yang sama, ia dapat melancarkan lagi usaha mengenal pasti golongan miskin di kawasan masing-masing.

“Dengan kerjasama ini, pihak JPKA dapat menjalankan tugas dengan mudah dan lancar, sekaligus dapat memastikan tiada golongan sasar di kawasan masing-masing yang tercicir.

“Pada masa sama, ia mempermudahkan golongan terbabit untuk memohon sebarang bantuan kepada JPKA tanpa perlu menyukarkan mereka yang sememangnya sedia susah.

“Dengan kerjasama ini juga, pemimpin akar umbi dapat kenal pasti mana-mana rakyat yang layak untuk mendapat bantuan segera daripada JPKA khususnya mereka yang ditimpa musibah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Makan Malam Program Pemantapan Kerja Berpasukan JPKA Sabah 2024 di Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Bisaya, di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ruslan yang juga wakil rakyat Lumadan berkata, JPKA juga difahamkan kini menyediakan bantuan katil dan kerusi roda kepada golongan sasar di wilayah ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin akar umbi supaya mengenal pasti rakyat di kawasan masing-masing yang memerlukan bantuan tersebut.

“Usaha JPKA ini juga bukti keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here