Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Mohammad puji penubuhan Papim
Published on: Monday, February 19, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:

Mohammad puji penubuhan Papim
AHMAD menyerahkan baju korporat dan topi Papim kepada Mohamad (kiri) sambil diperhatikan oleh Mohd Amin, Ag Kassim, Ag Ghazali, Hussin dan Rusman.
KIMANIS: Timbalan Menteri Luar Datuk Mohammad Alamin berkata beliau menyambut baik penubuhan Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-anak Kg Pimping (Papim).

Beliau berharap persatuan itu dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial untuk golongan sasaran.

Katanya, penubuhan persatuan seperti itu bukan saja akan dapat mengukuhkan persaudaraan dalam kalangan ahli tetapi juga masyarakat amnya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Papim di Pusat Khidmat Masyarakat di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Papim Ahmad Dipong berkata kunjungan itu adalah bagi memperkenalkan AJK dan objektif Papim, yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) setahun lalu.

Dalam taklimat ringkasnya kepada Mohamad, Ahmad berkata persatuan itu ditubuhkan untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim antara anak-anak Kg Pimping yang bermastautin di kawasan Pantai Barat.

Katanya, lebih 1,000 anak Pimping berada di kawasan bandaraya dan Papim akan menjadi payung dan jambatan bagi mengukuhkan persaudaraan dalam kalangan mereka serta menumpukan pada kegiatan kebajikan ahli.

Tambah Ahmad, buat masa ini Papim hanya membuka keahlian kepada mereka yang tinggal dari Kinarut hingga ke Tuaran.

“Namun  atas cadangan Penasihat Papim Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga wakil rakyat Membakut, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, keahlian akan diperluaskan ke seluruh kawasan Pantai Barat,” katanya, sambil meminta anak-anak Kg Pimping yang ingin menjadi ahli untuk berhubung dengan AJK persatuan.

Beliau juga memaklumkan Mohamad tentang kegiatan yang telah dijalankan oleh Papim, antaranya membantu ahli-ahli yang berdepan musibah, mendapatkan rawatan di hospital dan mangsa kebakaran di kampung melalui kutipan derma dalam kalangan ahli.

Turut hadir pada pertemuan lebih setengah jam itu ialah Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Rusman Dulamit, dan AJK Tertinggi Papim antaranya Penolong Setiausaha Alihussain Matnoor, Bendahari Awang Ag Kassim Ismail, Penolong Bendahari Ag Ghazali Ag Ghani @ Tuan Carlos dan Amin Muin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here