Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Kerjasama ibu bapa, guru penting demi kecemerlangan murid
Published on: Tuesday, February 13, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Kerjasama ibu bapa, guru penting demi kecemerlangan murid
SAPARUDDIN dan Chin (tengah) bersama hadirin dan antara murid yang diraikan dalam majlis itu.
SANDAKAN: Pendidikan amat penting kerana ia memacu pembangunan bangsa dan negara.  

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata, dasar pendidikan yang dibawakan kerajaan juga antara lain membantu anak-anak untuk mendapat pembelajaran terbaik bermula dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat tertinggi.

“Dalam masa sama, kerjasama ibu bapa dan guru dalam memastikan pembelajaran anak-anak sentiasa berada pada tahap terbaik, juga amat penting.

“Semoga kerjasama ini dapat dilaksanakan sepanjang masa untuk kecemerlangan anak-anak kita yang akan menjadi pemimpin masa hadapan,” tambahnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata demikian ketika merasmikan Majlis Graduasi Tahun 6 SRK Sung Siew di Ballroom, Sabah Hotel, di sini, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau disampaikan p;ej Ketua Bahagian Parti Gabungan Rakyat Sabah Sekong, Saparuddin Abu.

Hadir sama, wakil Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Sung Siew, Kwok Chee Yen serta Guru Besar SRK Sung Siew, Chin Shoon Yuen.

Seramai 144 murid tahun enam sekolah itu diraikan pada majlis berkenaan.

Majlis graduasi tersebut meraikan murid tahun 6 yang bakal meninggalkan sekolah rendah bagi meneruskan pendidikan di sekolah menengah. 

Jelas Khairul, majlis ini juga menggambarkan betapa prihatin pihak sekolah dan ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  terhadap budaya pendidikan yang mementingkan pengiktirafan kepada murid melalui pelbagai aktiviti sekolah. 

“Acuan gagasan pendidikan ini yang seharusnya menjadi amalan dan budaya, bukan sahaja kepada warga SRK Sung Siew, malah kepada semua sekolah di negeri dan negara ini kerana ia juga mampu membawa keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara.

“Inilah semangat dan kesungguhan yang perlu ada pada setiap anggota masyarakat, terutamanya ibu bapa, kerana ini akan menjadi penentu kepada kejayaan pendidikan dan masa depan anak-anak kita,” ujarnya.

Terdahulu, Kwok dalam ucapannya berkata, tamatnya pengajian di tahun 6 tidak bermakna berakhirnya untuk menuntut ilmu.

“Sebenarnya ini baru satu permulaan sebuah impian harapan dan kehidupan baru untuk anda semua,” katanya.

Chin, sementara itu, merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli Lembaga Pengelola sekolah, warga PIBG, ibu bapa, semua guru dan kakitangan sokongan sekolah kerana tidak jemu membantu dari segi material dan sokongan moral hingga mampu merealisasi majlis graduasi itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here