Wed, 3 Jul 2024

HEADLINES :


Buka jalan kepada masyarakat tanpa tunai di Sabah
Published on: Thursday, February 01, 2024
By: Jeremy S Zabala
Text Size:

Buka jalan kepada masyarakat tanpa tunai di Sabah
HERMAN bersama Rohaizi dan Georgie (ketiga dari kiri) pada pelancaran kempen ‘Cashless Seja Bah!’ di Jalan Gaya, baru-baru ini.
Kota Kinabalu: Pengenalan kempen “Cashless Seja Bah!” bertujuan untuk memacu Sabah ke arah masyarakat tanpa tunai dan menggalakkan rakyat Sabah menggunakan dompet e-pembayaran, pada masa sama menikmati ganjaran dan pulangan tunai.

Ketua Pegawai Operasi TNG Digital Sdn Bhd Mohd Herman Sarbini berkata terdapat kemajuan ketara dalam penggunaan transaksi tanpa tunai, terutamanya dalam komuniti bandar Semenanjung Malaysia.

Dengan jumlah pengguna yang semakin meningkat ketika ini, beliau berkata organisasi itu menekankan dan mewujudkan sokongan lebih tinggi terhadap rakan kongsinya di Malaysia Timur untuk menerima transaksi tanpa tunai bagi melengkapkan peralihan negara ke arah masyarakat tanpa tunai.

“Bagi menyokong inisiatif berterusan kerajaan untuk mempromosikan pembayaran tanpa tunai, kempen ‘Cashless Seja Bah’ adalah usaha bersama yang direka bagi mendidik dan meningkatkan pemahaman masyarakat tentang transaksi tanpa tunai sebagai kaedah pembayaran pilihan, sekali gus memupuk peningkatan penggunaan dan penerimaan meluas gaya hidup tanpa tunai. 

“Dengan rangkaian yang sentiasa berkembang dengan 2 juta titik sentuh pedagang dan produk kewangan yang komprehensif, kami menyasarkan untuk memanfaatkan teknologi kami bagi meningkatkan lagi keselamatan pembayaran digital dan menjadikannya boleh diakses oleh orang ramai dengan e-dompet kami.

“Sebagai peneraju dalam ruangan ini, kami menyasarkan untuk memacu keterangkuman digital dan kewangan melalui program pendidikan awam dan anak angkat,” katanya ketika melancarkan kempen itu di Jalan Gaya di sini, Jumaat lepas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial PayNet Gary Yeoh berkata pelancong dari semenanjung menyumbang dengan ketara kepada pelancongan domestik di Sabah, dengan perbelanjaan RM1.7 bilion pada 2022.

Beliau berkata ini berikutan populariti masakan tempatan di Sabah serta kraftangan di pelbagai tempat di negeri ini yang menjadi tarikan utama.

“Melalui kempen ini, kami menyasarkan untuk memperkasakan komuniti dan usahawan mikro Sabah dengan menawarkan kemudahan transaksi tanpa tunai.

“Ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman pelawat tetapi juga membantu perniagaan tempatan berkembang dan maju dalam ekonomi digital. Kami komited untuk meluaskan inisiatif tanpa tunai kami ke lebih banyak pasar awam.

“Memanfaatkan kepakaran PayNet dalam infrastruktur pembayaran runcit, dan rangkaian luas sebanyak 1.9 juta titik sentuh DuitNow QR di seluruh Malaysia, kempen ini memudahkan perjalanan negara ke arah ekonomi digital.

“Ia memberi peluang dan platform kepada masyarakat Malaysia Timur untuk menerima transaksi tanpa tunai, bermula dengan Sabah,” tambahnya.

“Kempen ‘Cashless Seja Bah! merupakan kerjasama antara TNG Digital dan Paynet yang bertujuan untuk membawa pembayaran dan penyelesaian digital pragmatik kepada peniaga dan pengguna di Sabah.

Kempen selama tiga bulan itu bermula 15 Dis 2023 dan akan berakhir pada 13 Mac 2024 dengan jerayawara mini di lokasi seperti Pasar Malam Chester, Tawau, pada 3 Feb, Pasar Malam Kim Fung, Sandakan, pada 24 Feb dan Pasar Malam Keningau, Keningau, pada 9 Mac.

Turut hadir Pengarah Kanan (Sektor Pengagihan Perdagangan dan Perniagaan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rohaizi Bahari dan Pengarah KPDNHEP negeri Georgie Abbas, antara lain.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Keywords:
Cashless Seja Bah





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here