Sun, 30 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Kes bunuh Tawau: 'Darah' dalam kereta, kata saksi
Published on: Monday, January 22, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Kes bunuh Tawau: 'Darah' dalam kereta, kata saksi
Bekas Ketua Staf Perisikan Esscom Datuk Mat Zaki Md Zain (kiri) bersama salah seorang peguam yang mewakilinya, Datuk Ram Singh, ketika prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Tawau, pada Isnin 22 Jan 2024. (Gambar: Harian Ekspres/Lagatah Toyos)
TAWAU: Jurufoto polis bagi siasatan kes bunuh membabitkan pemandu e-hailing memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau pada Isnin bahawa terdapat kesan 'lebih kurang' darah pada kenderaan Myvi yang ditemui di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, pada Januari tahun lalu.

Detektif Sarjan Lasim Jumadi, 52, berkata, kedudukan kesan darah tersebut di antara pintu belakang dengan pintu depan sebelah kiri iaitu di tengah-tengah.

Saksi ke-12 perbicaraan kes bunuh yang masuk ke hari lima itu menyatakan demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Low Win Hun.

Tertuduh, bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, berdepan dua pertuduhan bersubahat dengan enam tertuduh lain - Rosdi Kastam, 44, Dennis Ak Anit, 44, Fabian Runggam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan Vivien Fabian, 34 (orang awam) membunuh Nurman Bakaratu, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di antara 7.30 - 11.30 malam pada 13 Januari 2023.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here