Thu, 4 Jul 2024

HEADLINES :


Pemandu kereta terlelap, langgar mati 2 remaja bermotosikal
Published on: Monday, December 25, 2023
By: Bernama
Text Size:

Pemandu kereta terlelap, langgar mati 2 remaja bermotosikal
Keadaan motosikal mangsa selepas dilanggar Perodua Axia yang dipandu pemuda 25 tahun. (Gambar Polis Melaka Tengah)
MELAKA: Dua remaja berusia 16 tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Krubong Permai, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa ialah penunggang motosikal, Putra Norsyaqir Putrawirawan dan pembonceng, Erwan Idris.

“Siasatan awal mendapati sebuah Perodua Axia dipandu seorang pemuda 25 tahun masuk ke laluan bertentangan akibat terlelap dan melanggar kedua-dua mangsa sebelum melanggar sebuah Perodua Myvi.

“Akibat kemalangan tersebut, Erwan yang parah di badan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Putra Norsyaqir menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Melaka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tiada penumpang dalam Perodua Axia, manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi tidak cedera.

Katanya, sampel darah pemandu Perodua Axia itu diambil bagi mengesan kandungan alkohol dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here