Sun, 26 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
MoU pastikan bekalan bahan mentah mampan
Published on: Tuesday, December 06, 2022
Published on: Tue, Dec 06, 2022
Text Size:
Text:
MoU pastikan bekalan bahan mentah mampan
SESI pertukaran dokumen MoU antara Gulamhaidar (kedua dari kiri) dan Kamaruzaman (kedua dari kanan) sambil disaksikan oleh Abidin (tengah). Turut kelihatan, Hanafiah (kiri) dan Farydatul (kanan).
Kota Kinabalu: Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dalam memastikan bekalan rantaian bahan mentah yang mampan sempena Program Penanaman Bahan Mentah (2023-2026).

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.

Advertisement
Menandatangani bagi pihak KYS ialah Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar dan disaksikan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman.

MTIB diwakili oleh Ketua Pengarah, Kamaruzaman Othman dan disaksikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (Wisdec), Farydatul Nazly Mohd Zin.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Abidin berkata, program anjuran PKS di bawah Program Khas Anak Negeri Sabah (PKAN) akan mengurangkan permintaan terhadap hutan asli negeri ini sebagai sumber bahan mentah, memastikan daya maju jangka panjang bahan mentah seperti buluh dan rotan, yang merupakan komoditi penting dalam industri kraftangan.

“Program penanaman akan dijalankan di kawasan Konsesi Yayasan Sabah dengan penglibatan masyarakat setempat,” jelasnya.

Advertisement
Menurut Abidin, KYS telah menjalin hubungan kerjasama dengan agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi seperti Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Jabatan Pertanian Sabah dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sabah) untuk menyediakan kepakaran dan khidmat nasihat strategik bernilai tinggi bagi memastikan keberkesanan program tersebut.

“MTIB akan menyediakan perundingan teknikal mengenai pemilihan spesies, teknik penanaman, pembajaan dan rawatan; menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai bahan, produk, mesin dan peralatan; dan memberi pengiktirafan kepada peserta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 berdasarkan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT),” tambahnya.

Advertisement
Beliau berkata, kelimpahan sumber asli Sabah mesti digunakan secara mampan untuk menjana pendapatan dan pertumbuhan ekonomi negeri dalam sektor perindustrian. “Justeru, program ini dijangka dapat memperkukuh pertumbuhan ekonomi, mengembangkan sektor huluan dan hiliran serta menghasilkan bahan eksport yang ketara yang mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara kita,” katanya.

KYS akan terus mempelbagaikan usahanya untuk membangunkan inisiatif yang mampan demi memperkasakan pengusaha industri kayu tempatan Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here