Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Hubungan Sabah-Pulau Pinang beri manfaat bersama: Jahid
Published on: Monday, July 11, 2022
Text Size:

Hubungan Sabah-Pulau Pinang beri manfaat bersama: Jahid
Juhar (dua dari kiri) bersama Norlidah (kiri), Safar (tiga dari kiri) dan delegasi diberi taklimat oleh pihak JKSB.
Kota Kinabalu: Hubungan dua hala di antara Sabah dan Pulau Pinang memberi manfaat bersama.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim yang mengiringi delegasi Lawatan Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ke Pulau Pinang baru-baru ini menyifatkan keakraban kedua-dua negeri haruslah dimanfaatkan sepenuhnya khususnya perkongsian idea dalam pembangunan ekonomi negeri.

“Antara  dapatan daripada lawatan ini ialah untuk menarik pelabur, semua infra asas harus tersedia seperti bekalan elektrik, air, jaringan jalan raya, liputan internet dan bekalan tenaga kerja yang mencukupi.

“Kita dapat berkongsi idea dan melihat Pulau Pinang mampu mencapai pembangunan infra serta pelancongan di tahap maju.

“Walaupun negerinya bersaiz kecil, namun sektor pertanian mereka sangat berdaya maju dan berdaya saing dengan penggunaan hasil penyelidikan dan pembangunan di peringkat yang maksimum,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Delegasi TYT Sabah disertai isteri Jahid, Datin Malianah Ugau serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan isteri, Datin Seri Nuinda Alias dari 2 hingga 5 Julai lalu.

Ketibaan Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang disambut oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang serta isteri, Datin Teoh Hooi Tuang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Ahmad Jailani Mohamed Yunus serta isteri, Datin Noorsham Muhamad Din.

Sambutan penuh istiadat itu dijayakan Kawalan Kehormatan Setempat (KKS) oleh Angkatan Tentera Malaysia serta doa dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Di Seri Mutiara, Juhar dianugerahkan darjah tertinggi negeri itu, Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) dalam istiadat penganugerahan yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor.

Delegasi TYT Sabah kemudiannya berangkat ke Top View Komtar untuk majlis makan malam dan melawat kawasan sekitar.

Pada hari kedua lawatan, seawal jam 7.30 pagi, Norlidah serta delegasi sempat beriadah dengan mengayuh basikal sepanjang 15 km dari penginapan, Shangri-La Rasa Sayang Resort, Batu Feringghi ke Taman Rimba, Teluk Bahang, sambil melawat dan mendengar taklimat ringkas mengenai aktiviti tanaman pokok di taman berkenaan.

Dalam acara berasingan, Juhar menghadiri lawatan ke The Ship Campus, Batu Kawan pada jam 9.30 pagi, sebelum kedua-duanya melawat Pejabat Jabatan Struktur Jambatan kedua Sendirian Berhad (JKSB), Batu Kawan menjelang tengah hari diikuti lawatan ke The Blue Mansion, Lebuh Letih pada sebelah petang.

Pada sebelah malam, Juhar dan delegasi menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mengikuti taklimat pembangunan oleh Datuk Dr Ahmad Jailani.

Pada hari ketiga, Juhar serta delegasi menghadiri lawatan ke Bukit Bendera dengan menaiki keretapi ke puncak sambil diiringi Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, sebelum Norlidah melawat dan menyampaikan sumbangan Yayasan Nur Jauhar ke Pusat Jagaan Darul Hanan, Kepala Batas pada jam 11.30 pagi. Pada istiadat keberangkatan balik, delegasi TYT Sabah diiringi kawalan kehormatan setempat (KKS) oleh ATM dan bacaan doa sebelum pesawat berlepas. Hadir mengucapkan selamat jalan ialah Datuk Dr Ahmad Jailani serta Timbalannya serta Pegawai Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here