Dua beranak terlibat dalam kemalangan ngeri
Published on: Friday, July 17, 2020
By: Stefyanie Myla Micheal
GAMBAR menunjukkan keadaan di lokasi selepas kemalangan itu. – Gambar ehsan pembaca
PENAMPANG: Seorang lelaki dan anaknya nyaris maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya dan sebuah lori treler di Jalan Tambunan dekat Gunung Alab di sini, pada Khamis.Ketua Polis Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim, berkata 4WD itu dipandu lelaki berumur 47 tahun itu dengan anaknya, 20, sebagai penumpang, sementara treler itu dipandu seorang lelaki berumur 60 tahun.
ADVERTISEMENT
“Dalam insiden jam 3.15 petang itu, 4WD tersebut dipercayai dipandu laju sebelum pemandu gagal mengawalnya menyebabkan mereka memasuki lorong bertentangan.
“Kenderaan mangsa kemudian merempuh bahagian hadapan treler itu. Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya sambil menambah pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Menurut Mohd Haris, mangsa dibawa ke Hospital Tambunan untuk rawatan lanjut.
“Siasatan mendapati kedua-dua pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.