Tue, 21 May 2024

HEADLINES :


Enam lelaki dari China tinggal lebih masa didenda RM10,000
Published on: Friday, May 10, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Enam lelaki dari China tinggal lebih masa didenda RM10,000
Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman denda sekurang-kurangnya RM10,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.
Kota Kinabalu: Enam lelaki dari China didenda RM10,000 atau penjara 60 hari kerana tinggal di negeri ini selepas pasport mereka tamat tempoh.

Mereka ialah Bai Huiyong, 47, Cheng Jianbin, 56, Hui Dongjie, 33, Li Shuanghe, 51, Zhang Weijian, 48, dan Wu Yufei, 41.

Kesemua mereka mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka dalam bahasa Cina.

Mereka ditahan pada 15 Mac tahun ini pada jam 12.02 pagi di Rumah Kongsi Benyuan Overseas Sdn Bhd dalam Projek SBH Kibing New Materials, Industrial Zone 7 di KKIP, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman denda sekurang-kurangnya RM10,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.

Keenam-enam mereka didapati telah tinggal lebih masa di negeri ini selepas pas mereka tamat tempoh antara 10 hari dan sebulan.

Selepas membayar denda atau menjalani hukuman, keenam-enam mereka diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Mahkamah memerintahkan pasport asal dikembalikan ke pendakwaan untuk tindakan selanjutnya. 

Semasa mitigasi, peguam Lawrence Lim yang mewakili keenam-enam mereka, meminta denda minimum dikenakan ke atas mereka.

Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa keenam-enam mereka telah ditahan selama 55 hari dan itu telah memberi pengajaran kepada mereka.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Abu Sopian Karate dari Jabatan Imigresen menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here