Tue, 21 May 2024

HEADLINES :


Konservasi paya bakau beri pendedahan bermakna buat pelajar Politeknik Kota Kinabalu
Published on: Friday, May 10, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Konservasi paya bakau beri pendedahan bermakna buat pelajar Politeknik Kota Kinabalu
PELAJAR dan pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Kota Kinabalu yang terlibat dalam konservasi paya bakau di Sulaman Lake Forest.
Kota Kinabalu: Program konservasi paya bakau telah memberi pendedahan dan pengalaman bermakna kepada pelajar Politeknik Kota Kinabalu (PKK).

Program konservasi yang diadakan di Sulaman Lake Forest baru- baru ini melibatkan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) PKK dengan kolaborasi Sabah Wetlands Conservation Society menerusi tanggungjawab sosial korporat. 

Bertemakan ‘JPH-PKK Peduli Alam: Semarak Kesukarelawanan Melalui Konservasi Paya Bakau’, program tersebut telah diselaras oleh  Pensyarah Kanan JPH, Meltina Masanti dan Pegawai Konservasi dan Sains daripada Sabah Wetlands Conservation Society, Mohd Aniq Yadiy Mohd Tajuddin. 

Menurut Meltina, program ini diadakan untuk menyumbang kepada usaha konservasi paya bakau disamping memenuhi keperluan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 – Pendidikan Tinggi khususnya dalam menghasilkan graduan holistik, berciri keusahawanan, dan seimbang serta mendukung inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here