Thu, 6 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Wanita didakwa tipu rakan niaga 
Published on: Thursday, May 09, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Wanita didakwa tipu rakan niaga 
Sariah didapati bersalah menipu Su Nget Yung dengan memperdayanya menyerahkan wang berjumlah RM312,900 bagi mendapatkan tender pembekalan makanan bermasak ke asrama sekolah dan tender pembersihan kawasan sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 49 tahun dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah menipu rakan niaganya berjumlah RM312,900 berhubung tender kerajaan.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Dayang Sariah Ratman.

Sariah didapati bersalah menipu Su Nget Yung dengan memperdayanya menyerahkan wang berjumlah RM312,900 bagi mendapatkan tender pembekalan makanan bermasak ke asrama sekolah dan tender pembersihan kawasan sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Dia melakukan kesalahan itu di pekan Putatan antara 6 Julai, 2018 dan 19 April, 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara satu tahun dan 10 tahun, dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Lapan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Sariah, yang diwakili peguam Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan, berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi.

Majistret membebaskannya dengan ikat jamin RM6,000 dengan dua orang penjamin sementara menunggu rayuan dan melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga rayuan selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ling Guong Zhin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here