Mon, 20 May 2024

HEADLINES :


Dua bot ditahan atas pelbagai kesalahan di Tawau
Published on: Wednesday, May 08, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Dua bot ditahan atas pelbagai kesalahan di Tawau
BOT penumpang membawa muatan 100 kotak lobak ditahan bersama seorang juragan tempatan.
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan dua bot tempatan yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan dalam dua tangkapan berasingan, pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan itu dibuat bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Pluto Timur 2/2023 dan Ops Tiris di perairan Wallace Bay, Pulau Sebatik.

“Sekitar jam 11.40 pagi, pasukan kita berjaya mengesan dan memeriksa sebuah bot pam yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan itu.

“Pemeriksaan ke atas bot yang ditahan di kedudukan 1.17 batu nautika timur laut Pulau Sidam itu mendapati seorang remaja lelaki, 15, mengendalikan bot tersebut tanpa sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan dokumentasi bot juga mendapati bot tersebut tidak mempunyai nombor pendaftaran dan lesen bot yang berdaftar.

Sementara itu, sebuah bot penumpang tempatan ditahan untuk pemeriksaan di lokasi 1.0 batu nautika muara Sg Aji Kuning sekitar jam 6 petang pada hari sama.

Shahrizan berkata, pemeriksaan mendapati bot penumpang itu yang dijuragani seorang lelaki tempatan, 37, membawa muatan 100 kotak lobak merah, namun gagal mengisytihar muatan yang dibawa dan melanggar syarat sah lesen bot penumpang.

Tambahnya, kedua-dua bot bersama muatan serta kesemua kru tersebut seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan.

Katanya, kesemua barangan termasuk kedua-dua bot dan muatan dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM45,000 disita sehingga proses siasatan selesai.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here