Tue, 14 May 2024

HEADLINES :


Pampasan RM1.1 billion bagi Pan Borneo
Published on: Wednesday, April 24, 2024
By: Ricardo Unto
Text Size:

Pampasan RM1.1 billion bagi Pan Borneo
Shahelmey berkata pampasan bukan sahaja meliputi pembelian tanah tetapi juga pampasan bagi rumah atau struktur yang terjejas. - FOTO (kanan) untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: KERAJAAN telah membayar pampasan tanah dan struktur berjumlah RM1.147 bilion kepada pemilik terbabit setakat 1 April tahun ini bagi projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya.

Jumlah ini termasuk pampasan RM651 juta kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur sehingga 2019 untuk 12 pakej kerja apabila projek itu berada di bawah sistem rakan penyampai projek (PDP).

Pakej ini termasuk naik taraf dan pembinaan jalan seperti Sindumin-Kampung Melalia, Kampung Melalia-Beaufort, Beaufort-Bongawan, Bongawan-Papar, Papar-Donggongon, Putatan-Inanam, Inanam-Sepanggar, bulatan Sepanggar-Berungis, Pituru-Rampayan Laut, Tawau -Semporna (Pakej 1 – Fasa 2), Jalan Pintas Lahad Datu, dan Jalan Kampung Lot M-Batu 32 Sandakan.

“Pampasan di Sarawak lebih rendah kerana di Sarawak, koridor jalan sedia ada adalah selebar 100 meter,” katanya kepada Adun Senallang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Selasa.

“Sementara di Sabah, koridor sedia ada hanya selebar 30 meter.” Beliau berkata pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak bertujuan menaik taraf jalan utama Persekutuan sedia ada.

“Bagaimanapun, memandangkan jalan Persekutuan sedia ada adalah jalan satu lorong yang dinaik taraf kepada jalan dua lorong, ia melibatkan perolehan tanah yang lebih luas,” katanya.

Shahelmey berkata pampasan bukan sahaja meliputi pembelian tanah tetapi juga pampasan bagi rumah atau struktur yang terjejas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here