Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


4 keluarga di Paginatan terima kunci rumah Sabah Maju Jaya
Published on: Thursday, March 28, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

4 keluarga di Paginatan terima kunci rumah Sabah Maju Jaya
ABIDIN (tengah) menyerahkan replika kunci rumah SMJ kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan yang lain.
RANAU: Empat keluarga di Dun Paginatan menarik nafas lega apabila masing-masing menerima kunci rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).

Empat orang itu ialah Azery Middie dari Kg Lukapon, Rusinah Unggah Yusod (Kg Marakau), Muktijih Basri (Kg Libang) dan Norfiqah Jahidin (Kg Libang).

Penyerahan kunci dilakukan oleh Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir, yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.

Azery ketika ditemui selepas majlis penyerahan itu berkata, dia bersyukur dengan bantuan itu dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin terhadap nasib rakyat.

Rusinah turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Abidin kerana memilihnya sebagai salah seorang penerima.

“Saya gembira dapat rumah baharu selepas rumah lama saya rosak akibat banjir yang melanda kampung beberapa tahun lalu,” katanya.

Muktijih dan Norfiqah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Abidin atas budi baik dalam merealisasikan impian mereka memiliki kediaman lebih selesa.

Abidin berkata kerajaan GRS sentiasa prihatin terhadap rakyat yang memerlukan bantuan.

“Di bawah Kerajaan GRS yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, program perumahan SMJ dilaksanakan bagi membantu keluarga yang memerlukan, dengan jumlah sebanyak 20 unit setahun, bermula 2022.

“Ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membina rumah untuk kumpulan rentan, selain bantuan rumah PPRT,” katanya.

Abidin berharap kesemua 60 rumah SMJ yang telah diluluskan sehingga 2024 dapat disiapkan mengikut jadual agar dapat diserahkan kepada penerima secepat mungkin.

Kerajaan Sabah melancarkan program Rumah Mesra SMJ pada 28 Sept sebagai inisiatif untuk mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan dan menyediakan rumah mampu milik untuk golongan B40. 

Memberi rumah bernilai RM70,000 seunit kepada rakyat, Rumah Mesra SMJ menggunakan konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membantu rakyat di bawah paras kemiskinan di Sabah memiliki rumah secara percuma.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Marcelus Joanes, Pemimpin Kemajuan Rakyat Paginatan Hishamudin Harun, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, Pemaju Mukim Tanah Rata Lasius Galipoi dan lain-lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here