Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Ulu Papar sambut Hari Air Sedunia untuk hargai air
Published on: Tuesday, March 26, 2024
By: Jinni Juanis
Text Size:

Ulu Papar sambut Hari Air Sedunia untuk hargai air
BENIH ikan lampan jawa dilepaskan dalam air Ulu Papar.
PENAMPANG: Jumaat lalu Perayaan Hari Sungai/Air Sedunia disambut oleh penduduk di Ulu Papar di sini dengan tujuan utama meningkatkan kesedaran dan menghargai keperluan air sebagai satu elemen penting dalam kehidupan.

Namun perayaan yang disambut setiap 22 Mac di seluruh dunia ini sedikit ‘suram’ di Sabah berikutan masalah kekurangan air akibat musim kemarau yang sudah lebih tiga bulan tidak menerima hujan.

Hari Air Sedunia tetap dianjur oleh Gabungan JKKK Ulu Papar Penampang di mana selain air ia juga menekankan penting untuk memelihara dan mengekalkan keadaan semulajadi Sungai Papar dalam kawasan Rizab Biosfera Banjaran Crocker.    

Sambutan tahun ini bertemakan ‘Air Untuk Kedamaian’ diadakan untuk memupuk semangat perpaduan penduduk Ulu Papar dan Hilir Papar supaya sentiasa sedar bahawa air itu penting untuk kehidupan dan kedamaian.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here