Thu, 9 May 2024

HEADLINES :


SHELL LIVEWIRE MALAYSIA 2024 MENCARI USAHAWAN TERBAIK NEGARA
Published on: Saturday, March 23, 2024
Text Size:

SHELL LIVEWIRE MALAYSIA 2024 MENCARI USAHAWAN TERBAIK NEGARA
Kuala Lumpur: Shell LiveWIRE Malaysia kembali lagi tahun ini dan menyeru semua usahawan dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif menarik ini yang boleh menjadi titik perubahan untuk usahawan baru.

Ditubuhkan pada 2015, Shell LiveWIRE Malaysia melibatkan usahawan yang komited ke arah memulakan dan mengembangkan idea perniagaan mereka. 

Program ini membawa usahawan melalui satu siri bengkel yang akan membantu mereka menjana atau meningkatkan idea perniagaan, menguji model perniagaan dan mempersiapkan mereka untuk menjadi pemilik perniagaan yang berjaya. Menjelang akhir program, para peserta akan mengambil bahagian dalam bengkel ‘pitching’ dan pertandingan yang bertujuan untuk melatih mereka dengan  kemahiran yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Shell sedang mencari usahawan yang idea-ideanya akan menjana kehidupan dalam tiga aspek iaitu kelestarian alam sekitar, impak sosial dan inovasi perniagaan. Program Shell LiveWIRE Malaysia akan dijalankan di Kuching, Kota Kinabalu dan Lembah Klang. Lima pemenang dari setiap negeri akan menerima geran pemula sebanyak RM10,000. Lima pemenang dari setiap negeri ini kemudiannya akan bersaing di peringkat kebangsaan, di mana lima pemenang di peringkat kebangsaan akan berpeluang memenangi tambahan RM30,000. Di samping geran tersebut, para pemenang juga akan diberikan tunjuk-ajar dan bimbingan untuk memulakan perniagaan mereka, daripada fasilitator Shell LiveWIRE Malaysia untuk tiga tahun akan datang dan berpeluang untuk diserap ke dalam rantaian bekalan Shell dan peluang untuk bekerjasama dengan para peruncit Shell.

Daftarlah sekarang di laman sesawang https://livewire.shell.com.my/ dan hidupkan impian anda!

Untuk sebarang pertanyaan: 

Prema Jayabalan

Pengurus Perhubungan Media,

Shell Malaysia Prema.Jayabalan @Shell.com 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Keywords:





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here