Mon, 13 May 2024

HEADLINES :


Syarikat besar juga digesa bantu orang memerlukan
Published on: Thursday, March 21, 2024
Text Size:

Syarikat besar juga digesa bantu orang memerlukan
MASIUNG menyampaikan sumbangan kepada salah seorang asnaf pada majlis tersebut.
KINABATANGAN: Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah Datuk Masiung Banah menggesa syarikat besar turut sama dalam usaha membantu golongan memerlukan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Beliau berkata mereka harus mencontohi usaha seperti yang dijalankan oleh syarikat korporat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) yang menunjukkan komitmen membantu golongan memerlukan melalui program amal bersama agensi kerajaan.

“Kita sedar kita dikelilingi syarikat besar dalam pelbagai industri terutama ladang kelapa sawit,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berbuka puasa anjuran bersama KTC dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah di Perkarangan Masjid Daerah Kinabatangan, di sini, Selasa. 

Ia merupakan sebahagian daripada jelajah Program Amal Berbuka Puasa Ramadan KTC-UPPM Sabah yang memasuki hari keenam pada Rabu selepas ia dimulakan di kawasan parlimen Kalabakan, Tawau dan Semporna. Dari situ, lawatan diteruskan ke parlimen Lahad Datu sebelum menuju ke parlimen Kinabatangan.

Dalam jelajah enam hari di lima kawasan parlimen, KTC turut mengadakan Program Amal Beli Belah Raya untuk anak-anak yatim dan asnaf yang dibawa ke Servay Tawau, Kunak dan Lahad Datu, di mana setiap program membabitkan seramai 50 anak yatim dan asnaf.

Program sama juga akan diadakan di Sandakan, Penampang, Putatan dan sehingga Beaufort diselaraskan bersama gerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang diketuai Ketuanya Datuk Redonah Bahanda.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here