Sat, 4 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

‘Perluaskan Kembara Skuad Waja ke semua kawasan luar bandar’
Published on: Monday, April 25, 2022
Text Size:

 ‘Perluaskan Kembara Skuad Waja ke semua kawasan luar bandar’
ULIAH (kedua, kanan) membantu memasak bubur lambuk semasa melawat tapak membuat bubur lambuk selepas perasmian Program Psikososial Kembara Skuad Waja Edisi Ramadan Siri 1 Zon 2.
Tuaran: Program Kembara Skuad Waja perlu diperluaskan ke semua kawasan luar bandar di Sabah bagi membantu memperkasakan komuniti setempat dengan ilmu perundangan dan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu jenayah.Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (Mutiara GRS-BN),  Datin Seri Juliah Salag, berkata ilmu seperti ini akan membantu komuniti di kawasan terbabit, khususnya wanita jika berdepan dengan sebarang masalah berkaitan. “Saya juga dimaklumkan bahawa Skuad Waja turut berperanan memberi panduan kepada masyarakat tentang pentingnya usaha menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita, termasuk membantu mereka yang menjadi mangsa untuk merujuk kes kepada pihak berwajib dan mendapatkan pertolongan profesional. “Saya melihat peranan yang dimainkan oleh Skuad Waja ini amat baik, khususnya dalam membantu wanita di negeri ini. Ini kerana, dalam era masa kini, wanita sama ada suri rumah tangga dan mereka yang berkerjaya perlu mengetahui hak mereka dan apa sepatutnya dilakukan jika berdepan dengan apa juga masalah. “Saya juga berharap Skuad Waja akan terus memainkan peranan mereka untuk membantu wanita di negeri ini bukan hanya dalam aspek perundangan tetapi juga kebajikan. “Semoga program seperti ini terus diperluaskan ke kawasan luar bandar di negeri ini, agar lebih ramai wanita mendapat manfaat,” katanya. Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian Program Psikososial: Kembara Skuad Waja Siri 1 Zon Dua di Kampung Serusup, di sini, pada Ahad. Sempena majlis itu, sebanyak 1,000 bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat setempat menerusi program berkenaan.  Juliah juga berharap lebih ramai wanita akan mendaftar dan menjadi Ahli Skuad Waja Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). “Dengan ini, mereka boleh menjadi mata dan telinga dalam komuniti, selain memberi kesedaran mengenai kepentingan memahami aspek perundangan dan melaporkan kes keganasan rumahtangga serta isu jenayah berkaitan,” katanya. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here