Thu, 27 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pengawal keselamatan dipenjara 36 bulan, tiga sebatan
Published on: Tuesday, July 13, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Pengawal keselamatan dipenjara 36 bulan, tiga sebatan
Amin (kedua dari kanan) diiring keluar dari bangunan mahkamah oleh polis dan pegawai penyiasat kes itu (kiri).
Kota Kinabalu: Seorang pengawal keselamatan berumur 29 tahun, yang menyerang seorang jururawat untuk mencabulnya minggu lepas, dipenjara 36 bulan dan diperintah dikenakan tiga sebatan rotan, pada Isnin.

Mohd Amin Zahari mengaku, di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, melakukan kesalahan itu terhadap jururawat berkenaan pada jam 6.20 pagi, 5 Julai di sebuah unit kawasan kediaman di Bukit Padang. Amin diperintah menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 5 Julai.

Terdahulu, mahkamah diberitahu oleh pendakwaan bahawa sebelum insiden itu, mangsa sedang bersiap untuk mandi apabila dia diheret ke sebuah bilik tidur oleh seorang lelaki, yang memaksanya berbaring dan cuba merogolnya.

Mangsa melawan tetapi lelaki itu, kemudian dikenal pasti sebagai Amin, menumbuk mukanya beberapa kali.

Mangsa terus melawan sehingga dia berjaya melepaskan diri dan Amin pada masa sama mencabulnya dengan memegang payudara dan menyentuh kemaluannya.

Mangsa menjerit meminta bantuan sekuat hati sebelum Amin mencekik lehernya dan menghempaskan kepalanya ke dinding, berulang-kali.

Mangsa berjaya melepaskan diri ke luar unitnya dan bertembung dengan seorang jiran di luar rumahnya.

Jirannya itu terkejut melihat keadaan mangsa yang separuh bogel dan bergegas  masuk ke unitnya di tingkat satu dengan mangsa turut mengekorinya di belakangnya.

Ketika berada di unit itu, isteri lelaki itu menenangkan mangsa, sementara jirannya itu turun untuk mencari Amin dan ternampak lelaki itu keluar melalui tingkap tandas di rumah mangsa dan turun melalui batagn paip dan terjun.

Jiran mangsa bertanya kepada Amin kenapa dia melakukan perkara itu kepada mangsa tapi dia tidak menjawab, dan pulang ke rumah.

Isteri jiran mangsa yang turun mencari suaminya turut bertembung dengan  Amin di bawah.

Jiran mangsa kemudian membawanya pulang ke unitnya di mana mangsa kemudian bersiap dan keluar ke balai polis untuk membuat laporan, kata pendakwaan.

Siasatan polis di tempat kejadian menemui sepasang sarung tangan dan pemutar skru milik Amin dan bahawa swab DNA turut dilakukan ke atas tombol pintu dan air kencing ditemui yang pada lantai.

Mahkamah diberitahu bahawa Amin ditangkap polis pada jam 1 petang di sebuah unit di blok sama.

Ketika pengecaman, mangsa serta jirannya telah mengenal pasti Amin.

Mangsa menerima rawatan dis ebuah hospital kerana mengalami lebam pada muka, bibir, hidung dan bengkak kedua siku, lutut dan bahagian kiri kepalanya dan juga dirujuk kepada pakar telinga, hidung & tekak untuk pemeriksaan lanjut, mahkamah diberitahu.

Peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence mewakili Amin, meminta hukuman ringan dengan alasan Amin, yang berkahwin dengant iga anak, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan merupakan pencari nafkah tunggal dalam keluarganya.

Kepada satu soalan oleh mahkamah, Amin mengesahkan bahawa dia juga tinggal di kawasan kediaman yang sama dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah makmal kesihatan awam.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here