Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Tujuh rumah daif di Labuan terima Peruntukan Khas PM, kata Suhaili
Published on: Saturday, April 17, 2021
By: Bernama
Text Size:

Tujuh rumah daif di Labuan terima Peruntukan Khas PM, kata Suhaili
Ketua PPBM Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman
LABUAN: Tujuh rumah daif yang didiami warga emas di sini akan dibaik pulih dalam masa terdekat menerusi Peruntukan Khas Perdana Menteri berjumlah RM140,000.

Ketua BERSATU Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, berkata setiap rumah terbabit yang antaranya terletak di Kampung Patau-Patau 2, Kampung Belukut, Kampung Lubok Temiang, Sungai Lada dan Rancha-Rancha diperuntukkan RM20,000.

"Penghuni rumah ini pernah menerima bantuan perumahan daripada kerajaan pada 2008, namun selepas itu tidak lagi mendapat sebarang bantuan.

"Kesemua rumah ini yang dalam keadaan amat daif dan boleh menyembah bumi pada bila-bila masa, didiami warga emas yang sedang menjalani rawatan perubatan serta memerlukan bantuan lain," katanya kepada pemberita ketika meninjau sebuah rumah terbabit serta menyampaikan bantuan berkenaan hari ini.

Suhaili berkata, kerja pembaikan akan dijalankan dalam masa terdekat dan disiapkan sebelum sambutan Aidilfitri pada pertengahan bulan depan.

Beliau turut merayu Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan agar turun padang dan melawat warga emas berkenaan bagi menyalurkan bantuan.

Sementara itu, Suhaili berkata, tiga peniaga ikan, masing-masing di Kampung Sungai Miri, Tanjung Aru Nelayan serta Sungai Buton, turut menerima bantuan daripada Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi menggantikan gerai sedia ada dengan gerai konkrit.

* Langgan saluran Telegram dan/atau WhatsApp Daily Express untuk berita terkini

* Anda mempunyai akses e-akhbar Daily Express dan berita eksklusif atas talian? Lihat pelan langganan yang ada





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here