Sun, 30 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Esther Applunius kembali ‘menyengat’
Published on: Monday, March 09, 2020
By: Ricardo Unto
Text Size:

Esther Applunius kembali ‘menyengat’
PENGARAH Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi (tengah) menyampaikan anugerah kepada Esther.
ESTHER Applunius menang besar dalam Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (Clas) musim 13 dan membawa pulang wang tunai RM8,000 selepas memenangi kategori Juara Lagu dan Vokal Terbaik.

Penyanyi berpengalaman itu menerima RM5,000 selepas menewaskan sembilan finalis lain dan RM3,000 lagi bagi kategori vokal terbaik melalui lagu ciptaannya sendiri Alfian. Esther turut menerima anugerah Lagu Paling Lama Bertahan dalam carta mingguan Clas.

Kemenangan itu juga menandakan kemunculan semula penyanyi terkenal itu selepas berehat panjang dari menyertai pertandingan lagu.

“Pencapaian ini sangat bermakna, terutamanya apabila saya tidak menyertai mana-mana pertandingan Clas dalam jangka masa yang lama,” katanya kepada Hiburan Ekspres selepas majlis penyampaian anugerah itu, di auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah (JKKNS).

“Edisi terakhir Clas yang saya sertai adalah pada 2013 dan pada masa itu saya sakit, kemudian saya tidak menyertai sebarang pertandingan Clas selepas itu.

“Saya berharap Alfian akan dikenali bukan hanya dalam kalangan warga Sabah namun juga di luar Sabah melalui kemenangan ini.

Mengakui dia gementar semasa membuat persembahan di pentas besar selepas berehat panjang, Esther berkata tidak mudah untuk muncul sebagai juara.

“Ianya sangat mencabar kerana saya juga sibuk menguruskan perniagaan saya...untuk pertandingan akhir ini, saya perlu memberi tumpuan kepada nyanyian.

“Syukur, semuanya berjalan dengan lancar dengan bantuan penyokong saya,” katanya.

Ia juga merupakan momen indah bagi penyanyi berusia 33 tahun ini kerana Alfian merupakan sebuah lagu yang ‘ditolak’.

“Saya mencipta lagu ini selepas saya sembuh daripada penyakit saya pada 2015...dan apabila saya menulisnya, saya berhasrat untuk menulisnya untuk dipertandingkan di Clas.

“Mulanya saya mahu ia dinyanyikan oleh penyanyi lain, namun tiada siapa yang menerima lagu tersebut, apabila saya tawarkan kepada mereka.

“Akhirnya, saya merakamkannya sebagai sebahagian daripada single saya.”

Dan bercakap mengenai single, Esther kini dalam proses menghasilkan sebuah album.

“Selepas kemenangan ini, saya akan meneruskan semula album baharu saya yang telah lama terbengkalai. Setakat ini, saya mempunyai lima single dan saya akan menghasilkan tiga atau empat lagu lagi.

“Saya berharap saya akan muncul dengan album baharu tahun ini,” katanya.

Selain itu, Rayner Rupin turut menenangi kategori Lirik Lagu Terbaik melalui nyanyian Atmosfera Menahan Rindu, sementara Roktrus Band memenangi kategori Persembahan Terbaik melalui lagu Berharap dan Diddy yang mempersembahkan Lelaki Paling Bahagia memenangi kategori Artis Paling Popular melalui undian dalam talian.

 

 

 

Aduh! Sudahlah nyanyian Trioranda dipilih sebagai Lagu Pilihan Pendengar Sabahfm melalui undian dalam talian.

Finalis lain, Hilang ciptaan Johnson James dan Hezron Diman dengan lirik ditulis dan dinyanyikan oleh Jess Joel Moriga, Dari Hati (Izzi), Kau Curangi Aku (Fauziah Gambus), Lelaki Paling Bahagia (Nadeem Privilege-X/Diddy), Asyik Satu Bahagia (Wan Khatulistiwa/Lai Norman Nooh), Duhai Hati (Pena Tumpul/Zackiddin Zackhery), Menahan Pilu (Rayner Rupin/Atmosfera), Aduh! Sudahlah (Nazri Saidali, Mawar Kausar, Amin Wali/Trioranda), dan Berharap (Rojan, Rodie Sofazr/Roktrus Band).

10 finalis dipilih melalui pencapaian mereka dalam carta mingguan Clas yang disiarkan oleh Sabahfm RTM, dan persembahan semasa pentas akhir yang diiringi oleh Orkestra RTM Sabah diketuai oleh Raimon Sukudat @ Matlan.

Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (Clas) bertujuan untuk menggalakkan penulisan lagu bahasa Malaysia dalam kalangan komposer tempatan dan dinyanyikan oleh penyanyi tempatan. Platform ini juga menggalakkan komposer tempatan untuk mencipta lagu berkualiti.

Howard Martin Kim Sung @ Cornelius adalah penerbit eksekutif untuk Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (Clas) Musim 13 manakala penerbitnya ialah Dang Damit Raknah Abd Rahim dengan bantuan Seksyen Hiburan dan Muzik RTM Sabah.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here