Sat, 22 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

MPWS rancang pelbagai aktiviti menjelang sambutan Hari Wanita
Published on: Tuesday, October 22, 2019
By: Sherell Jeffrey
Text Size:

MPWS rancang pelbagai aktiviti menjelang sambutan Hari Wanita
DELEGASI daripada MPWS yang diketuai Noni dalam kunjungan hormat kepada Shafie di pejabat beliau.
Kota Kinabalu: Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) di bawah kepimpinan Datuk Noni J Said mempunyai banyak aktiviti dalam perancangan.

Sejak mengambil alih tugas itu pada Ogos, jawatan yang pernah dipegang beliau pada 1989, pelbagai aktiviti dijalankan menjelang sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri 2019 yang akan diadakan Magellan Sutera pada 23 Oktober. Antara aktiviti itu adalah pertandingan menulis cerita pendek yang menyediakan platform untuk mempromosikan dan mendedahkan kejayaan serta pembangunan wanita di Sabah. Noni berkata mereka juga bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan bagi mendapatkan maklumat balas mereka mengenai apa yang mereka perlukan daripada kerajaan.

“Sebagai sebuah majlis wanita kami berharap dapat menyampaikan mesej kepada Ketua Menteri mengenai apa yang berlaku dan apa yang mereka mahu,” katanya ketika ditemui semasa kunjungan hormat MPWS kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabatnya, di sini, Isnin. Katanya, tujuan lawatan beliau adalah bagi menyerahkan jemputan kepada Ketua Menteri ke sambutan Hari Wanita yang juga akan menampilkan usahawan wanita, yang akan mempamerkan produk mereka.

Antara acara utama adalah Anugerah Tokoh Wanita, Wanita Cemerlang dan Usahawan Wanita. Kali ini Anugerah Khas juga akan diberikan kepada lelaki yang banyak menyokong wanita.

“Ini adalah selaras dengan tema sambutan ‘Seimbang untuk Sejahtera’, yang mempromosikan kerjasama antara wanita dan lelaki ke arah kemakmuran,” katanya.

Selain itu, MPWS juga akan meneliti kaedah bagaimana mereka boleh bekerjasama membangunkan usahawan wanita luar bandar. Mereka juga sedang meneliti kemungkinan mendapatkan sijil Halal buat usahawan kecil.

“Ini adalah antara rancangan masa depan, kerana kita tahu sukar untuk mendapatkan sijil Halal, kami berharap kerajaan dapat, jika boleh, menyedikan kami cop Halal,” katanya.

Beliau berkata, lazimnya ia agak sukar bagi mendapatkan (pensijilan Halal) khususnya bagi usahawan kecil yang menghasilkan produk makanan di rumah.

“Kami berharap agar kerajaan dapat menelitinya,” katanya. Beliau turut mendapati layanan terhadap wanita lebih baik berbanding sebelum ini namun masih ada ruang untuk penambahbaikan.

“Perlu diingatkan, kami mahu sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam tenaga kerja, yang mana harus dikekalkan dan berkembang lebih baik, khususnya dalam sektor kerajaan, dengan sekarang terdapat empat setiausaha tetap berbanding hanya satu atau tiada sebelum ini.

“Wanita juga dilantik sebagai ketua jabatan, syarikat berkaitan kerajaan juga telah melantik pengerusi untuk lembaga pengarah kepada wanita, saya percaya ada dua wanita yang dilantik dalam GLC,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka tidak mempunyai angka untuk sektor swasta.

“Kami berharap kami dapat melihat lebih banyak peningkatan, termasuk lebih banyak peruntukan untuk pembangunan wanita,” katanya ketika ditanya apa yang beliau harapkan dalam Belanjawan Negeri yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

Turut hadir adalah delegasi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi MPWS Datuk Suzanna Liaw, Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Media MPWS Kapitan Eliza Goh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa) Masturah Jamrah dan Timbalan Pengarah Jhewa Haslina Ismail, antara lain.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here