Wed, 3 Jul 2024

HEADLINES :


Jasni Matlani dinobat penerima Anugerah Sasterawan Sabah 2019
Published on: Sunday, April 07, 2019
By: Salim Bisi
Text Size:

Jasni Matlani dinobat penerima Anugerah Sasterawan Sabah 2019
KOTA KINABALU: Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Sabah 2019 semasa Majlis Pelancaran Festival Penulis Sabah ke-8 yang diadakan di sebuah hotel di sini pada malam Jumaat lepas.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Datuk Dr Yusof Yacob, mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Jasni yang juga penerima Sea Write Award 2015, merupakan penerima kedua anugerah itu yang dihidupkan semula selepas kira-kira 30 tahun. Penerima pertama anugerah itu ialah Sasterawan Negeri, Amil Jaya atau nama sebenarnya, Datuk Haji Ismail Abas yang menerima anugerah itu pada 1990. 

Sementara itu, tujuh penulis dipilih sebagai penerima Anugerah Penulis Veteran Sabah 2019 bagi menghargai sumbangan berterusan mereka dalam bidang sastera. 

Mereka ialah Datuk Dr. Hajah Zaiton Ajamain, Datuk Jamdin Buyong, Abdul Karim Gullam, Emin Madi, Mahmud Jahar, Hajah Rubiah Nordin dan Ramli Jusoh. 

Turut disampaikan pada majlis itu ialah Anugerah Industri Buku Sabah 2019 yang diterima oleh Jasni dan Kathrina Tati. Turut diadakan pada majlis itu ialah penyampaian hadiah kepada pemenang Hadiah Cerpen/Puisi Yadim – Bahasa – Harian Ekspres 2018/2019 dan Pertandingan Menulis Puisi Esei Peringkat Asean.

Sepuluh cerpen yang dipilih sebagai pemenang pertandingan anjuran Bahasa dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Harian Ekspres itu ialah Kunyit Emas karya Siti Rahmah G.Ibrahim, Lap Top Kuda Senberani (Sabahuddin Senin), Rumah Di Dalam Pasu Bunga, (Haniff Yusoff), Terowong 50, (Jamail Masador), Sungai Tulen, (Yuliamin Sahirursah Yuso), Angin Sebagai Saksi (Dayangku Mastura), Syukuri Ujian (Salvie Rose) Di Bawah Pohon Bambangan (Abd Karim Gullam), Meratap Awan (Siti Norizan Mohd Yaakob) dan Fatahmorgana (Norhayati Tasip).

Pemenang bagi kategori puisi pula ialah Bicara Puisi karya Noor Aisyah Maidin, Pada Hari-Hari Yang Berharga (Hasyuda Abadi), Di Sebalik Kaca (Dayana Chacho), Tasbih Rindu Pembuka Jalan Ke Pelabuhan Abadi (Sayap Rindu), Seorang Lelaki di Lorong Gelap (Mahmud Jahar), Pulau Penghayatan (Gabriel Kimjuan), Pencinta Masjid (Marmoh Kasman), Kandungan Puisi (Norlie Masrin), Kita Berpisah Untuk Bertemu (Amini Gawis) dan Setelah Kita Tiada (Abdul Razak Salleh).

Bagi Pertandingan Menulis Puisi Esei Peringkat Asean, penulis kelahiran Yogyakarta, Dhenok Kristianti dengan puisinya Aku, Mary Jane dan Maut muncul sebagai pemenang tempat pertama, disusuli oleh penulis Sabah, Hajah Rubiah Nordin berasal dari Kota Kinabalu (Kisah Mandur Syarif) di tempat kedua, Handry Tm penulis kelahiran Semarang, Jawa Tengah Indonesia (Di Long Bar Raffles Hotel) di tempat ketiga. 

Tujuh pemenang hadiah penghargaan pula terdiri daripada Kamerad Kanjeng dari Yogyakarta, Indonesia (Loma Linda); Abdullah Wanahmad dari Thailand (Di Pantai Ini); Isbedy Stiawan dari Tanjung Karang, Lampung, Indonesia (Kalau Mati Mana Kuburnya); Hussain Rahman dari Brunei (Si Pugut); Fajar Mesaz (My Lai) dari Lampong, Indonesia; D. Kemalawati dari Aceh, Indonesia (Perempuan Tawanan); dan seorang lagi penulis Sabah, Norhayati Tasif dari Putatan (Dedaun Kemboja Berguguran).

Pertandingan Menulis Puisi Esei Peringkat Asean merupakan anjuran Komunitas Puisi Esai Indonesia dengan kerjasama Bahasa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Konsulat Jenderal Indonesia di Sabah, Bapak Krishna Djelani, Setiausaha Kerajaan Negeri Hashim Paijan, Pengarah DBP Cawangan Sabah, Aminah Awang Besar, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Haji Ismaily Bongsu, Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan, Pengarah Yadim Zon Sabah, Samin Ongki, Pengarang Harian Ekspres ,Petrus Valentinus dan wakil Komunitas Puisi Esai Indonesia, Fatin Hamama. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here