Mon, 3 Jun 2024

HEADLINES :


Bahan kosmetik RM50,000 dirampas
Published on: Tuesday, May 14, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:

Bahan kosmetik RM50,000 dirampas
ANTARA rampasan itu.
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini merampas bahan kosmetik bernilai kira-kira RM50,000 dipercayai diseludup masuk ke negeri ini melalui perairan Pulau Larapan, pada Ahad.

Rampasan itu dibuat susulan pemeriksaan ke atas sebuah bot yang mencurigakan kira-kira jam 8.50 malam di kawasan itu. Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP

Ahmad Ariffin berkata, bot tersebut dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan semasa pasukan menjalankan tugas Op Taring Gelora.

“Pasukan cuba menahan bot itu tetapi ia memecut ke arah kawasan cetek. Pasukan itu terus mengejar bot itu dan mendapati ia ditinggalkan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya menemui 26 kotak berisi barangan kosmetik dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

Jumlah rampasan termasuk bot bernilai kira-kira RM60,000.

“Rampasan dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes akan dirujuk ke Jabatan Farmasi Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here