Mon, 3 Jun 2024

HEADLINES :


Lelaki pandu mabuk dipenjara tujuh tahun, denda RM30,000
Published on: Sunday, May 12, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:

Lelaki pandu mabuk dipenjara tujuh tahun, denda RM30,000
TERTUDUH semasa dibawa keluar dari Mahkamah diiringi oleh pegawai dan anggota polis trafik selepas dijatuhkan hukuman.
Tenom: Seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun dipenjara tujuh tahun dan didenda RM30,000 atau penjara tiga tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pemandu itu, Nainmoon Tandon, mengaku bersalah di hadapan Majistret Flavian Edward Henry, kepada tuduhan di bawah Seksyen 45 (1)(A) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lesen memandunya juga digantung selama tujuh tahun.

Mengikut fakta kes, tertuduh memandu sebuah Proton Saga pada Oktober 2023 di bawah pengaruh alkohol dan melebih had laju ditetapkan.

Dia hilang kawalan keretanya sebelum masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah Toyota Hilux di KM5 Jalan Tenom-Kemabong, di sini.

Dalam kejadian itu, kedua-dua pemandu mengalami cedera ringan, sementara penumpang Proton Saga itu cedera parah. – Marutin Ansiung

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here