Mon, 20 May 2024

HEADLINES :


Rakyat Brunei tinggal lebih  masa didenda  RM10,000
Published on: Wednesday, May 08, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Rakyat Brunei tinggal lebih  masa didenda  RM10,000
Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman denda sekurang-kurangnya RM10,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga Brunei berusia 27 tahun didenda RM10,000 atau penjara 60 hari kerana tinggal di negeri ini selepas pasportnya tamat tempoh.

Hakim Mahkamah Sesyen Norhafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Norazwan Md Anarul Adelludin, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Norazwan didapati tinggal lebih masa di negeri ini selama lebih enam bulan selepas pasportnya tamat tempoh pada 13 Nov, 2023. Dia memasuki Malaysia pada 13 Okt, 2023 dan hanya dibenarkan berada di negara ini dalam tempoh 30 hari.

Norazwan ditahan pada 28 April tahun ini jam 3.30 petang di Bahagian Jenayah Komersial Polis Kota Kinabalu.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman denda sekurang-kurangnya RM10,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.

Mahkamah memerintahkan Norazwan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. Semasa mitigasi, Norazwan yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa dia kini menganggur dan meminta denda lebih rendah kerana tidak mampu membayar denda yang tinggi.

Katanya, kejadian itu memberinya pengajaran dan trauma serta mental tidak stabil sejak ditahan dan direman.

Norazwan juga memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai isteri dan anak untuk dijaga. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here